• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Guna Tiket Palsu Piala FA – Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis sekali lagi menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang menjual atau memiliki tiket dan pas VIP palsu untuk aksi final bola sepak Piala FA di Stadium Shah Alam, esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mesin pengimbas akan ditempatkan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) di pintu masuk utama stadium bagi mengesan tiket palsu.

“FMLLP telah meningkatkan kualiti tiket bagi mengekang aktiviti penjualan tiket palsu. Selain itu, polis juga menubuhkan beberapa pasukan khas yang akan bertugas pada hari perlawanan bagi membanteras gejala penjualan tiket palsu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan agar tidak menggunakan dron pada perlawanan itu kerana ia akan mengganggu konsentrasi penonton.

Katanya seramai 2,315 anggota penguat kuasa termasuk 81 pegawai dan 1,924 anggota polis akan bertugas ketika perlawanan berlangsung.

Shafien berkata pintu stadium dibuka seawal pukul 4 petang dan penyokong kedua-dua pasukan dinasihatkan memasuki stadium awal, mengikut laluan yang ditetapkan.

Beliau berkata polis dengan kerjasama FMLLP turut menyediakan tiga lorong khas di semua pintu masuk bagi penyokong kanak-kanak, penyokong yang membawa beg dan yang tiada beg.

Seramai 72,000 penonton dijangka menyaksikan perlawanan itu. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd