Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

13 Penuntut Kolej India...

NEW DELHI - Seramai 10 pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki dari sebuah...

Nasihat Menteri Pendidikan Selaras...

PUTRAJAYA - Nasihat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung penglibatan pegawai di...

Singapura Ketat Keselamatan Pasca...

SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura pada Khamis dilapor telah memperketatkan tahap keselamatan di...

Minta Pemandu Teksi Sabar...

KUALA LUMPUR - Cadangan penyelesaian berhubung isu perkhidmatan teksi, Uber dan Grab yang...

Tiada Kompromi Penguat Kuasa Lindungi Sindiket

CANBERRA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan badan penguat kuasa yang didapati melindungi aktiviti perjudian dan pelacuran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras jenayah rasuah membabitkan penguat kuasa terbabit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mendedahkan pihaknya mempunyai bukti terdapat penguat kuasa di negeri di selatan tanah air melindungi sindiket judi dan pelacuran dengan bayaran RM1.2 juta sebulan.

Dzulkifli berkata bukti berbentuk dokumen itu ditemukan pihaknya ketika melakukan operasi di negeri terlibat baru-baru ini.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata KDN menyokong dan akan memberikan segala bantuan kepada SPRM dalam menghapuskan kegiatan berkenaan.

“Jika ini benar… PDRM (polis) dan KDN akan pasti beri kerjasama dengan pihak SPRM dan menyokong tindakan-tindakan yang dilakukan pihak SPRM,” kata Ahmad Zahid yang sedang dalam lawatan kerja di Australia ketika ditemui media Malaysia di sini Isnin. – BERNAMA

Kategori