Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

KKM Proaktif Cegah Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran agar mengambil berat...

Zahid Hamidi Beri Amaran...

PUTRAJAYA - Susulan pengakuan beberapa pihak yang mengesahkan pernah ada pertemuan dengan indvidu...

Aktiviti Cegah Wabak Denggi...

KUALA LUMPUR - Masyarakat dinasihatkan supaya melakukan aktiviti pencegahan wabak denggi sempena menjelang...

PRK Kimanis: Bakal Beri...

KIMANIS - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bakal memberi mesej kepada kerajaan Pakatan...

Tiada Kompromi Isu Sensitif Kaum Dan Agama

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama dalam hal berkaitan isu-isu sensitif seperti kaum dan agama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata berita yang disiarkan dalam apa jua bentuk, perlulah bersikap adil bukan sahaja dalam laporan, tetapi juga bersifat adil kepada rakyat Malaysia dengan tidak mengulas perkara-perkara yang boleh memecah-belahkan rakyat.

“Dengan berleluasanya berita palsu yang sengaja diadakan untuk mengelirukan orang ramai, siaran berita terutamanya penyiaran tempatan perlu pantas menangani penipuan sebegini dengan menampilkan fakta sahih,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi ‘NJOI Now’ oleh Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ‘ di sini, hari ini.

Teks ucapan perdana menteri itu dibacakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Najib menegaskan kerajaan juga tidak pernah menyekat hak bersuara rakyat Malaysia terutama dalam kalangan media walaupun tidak sealiran pendapat.

“Jika tidak, masakan kerajaan telah mengangkat larangan ke atas penerbitan parti pembangkang bertahun dahulu. Namun apa jua berita yang dilaporkan dan pendapat yang diberi tidak boleh sama sekali menyentuh isu-isu sensitif yang akan membangkitkan kemarahan rakyat, terutamanya antara satu sama lain,” tegas beliau.

Menyentuh perkembangan bidang penyiaran, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata sektor itu memainkan peranan penting sebagai ejen yang dapat membentuk pemikiran penonton.

Katanya, menerusi Internet serta televisyen satelit, penonton boleh mendapat akses kepada pelbagai saluran berita dari serata dunia.


“Berita jugalah sepatutnya menjadi satu pelantar untuk penonton mendapatkan kesahihan serta kepastian, tentang apa yang sedang berlaku ataupun isu yang sedang dimainkan.

“Maklumat-maklumat yang diterima setiap hari inilah, sama ada kita sedar atau tidak, yang memberi kita buah fikiran serta idea dan seterusnya mempengaruhi keputusan dan tindakan kita,” katanya.

Merakamkan penghargaan kepada Astro, yang memberikan pelbagai khidmat penyaluran maklumat sejak beroperasi 1996, perdana menteri melahirkan rasa gembira kerana perkhidmatan NJOI Now akan turut menawarkan siaran secara langsung temasya dwitahunan Sukan SEA 2017, menerusi saluran sukan Astro Arena.

“Kini kita semua berpeluang untuk sama-sama menghulurkan sokongan tanpa berbelah-bahagi buat para atlet kita di barisan kontinjen negara dalam kejohanan sukan paling unggul yang akan di Malaysia pada Ogos tahun ini,” katanya.

NJOI Now adalah perkhidmatan penstriman video yang boleh dinikmati menerusi alat peranti mudah alih atau secara dalam talian secara percuma. – BERNAMA

Kategori