Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Gadis Rakaman Culik Menipu,...

SIAPA sangka, rupa-rupa satu Malaysia ditipu 'hidup-hidup' dengan drama sebabak yang dicipta oleh...

SPR Sedia Beri Penjelasan...

YAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan memberi penjelasan di mahkamah sekiranya...

Pemandu Lori Mengaku Tidak...

KUALA PILAH - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada...

Laporan Audit Negara 2021...

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2021 serta Penyata...

“Tiada Istilah Sunyi Dalam Hidup Saya” – Ella

ENGGAN mengulas lanjut apabila disoal tentang cahaya mata, ratu rock negara Ella mengakui dia kini gembira menjalani rutin kehidupannya bergelar seorang isteri dan penghibur.

Ella, 51, memberitahu, biarpun kesibukan kerja seni membataskan dia untuk meluangkan masa bersama keluarga, dia bersyukur kerana memiliki suami yang sentiasa memahami tanggungjawabnya sebagai anak seni.

So far so good (setakat ini semuanya baik-baik). Sebab itu kalau ada kelapangan, saya hanya akan habiskan masa di rumah bersama suami, ibu dan adik-beradik kerana di situlah kebahagian saya.

“Sunyi? Tak sempat nak rasa sunyi sebab orang di sekeliling semuanya menghiburkan,” katanya,

Tambahnya lagi, berada di rumah merupakan terapi terbaik apatah lagi sejak hobinya membela ikan koi. Masanya banyak dihabiskan di kolam yang terletak di laman rumah.

“Saya tak bela kucing sebab takut tak sempat beri makan kerana sibuk berkerja, jadi saya bela ikan,” ujarnya berseloroh manja.

"Tiada Istilah Sunyi Dalam Hidup Saya" - Ella
Ella bersama Datuk Ramli Sarip di majlis sidang media Konsert Pelarian, pada Khamis di PWTC.

Dalam pada itu kata pemilik nama Norzila Aminudin ini lagi, dia kini masih meneruskan misi menghiburkan peminat selari dengan sambutan 30 tahun penglibatannya dalam bidang seni yang diraikan pada tahun lalu.


“Setelah kejayaan konsert solo yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada April tahun lalu, insyaAllah pada 27 Julai nanti akan menyusul sebuah lagi konsert di Singapura.

“Seterusnya pada 2 dan 3 Disember depan, saya akan menutup tirai dengan sebuah lagi konsert di Kuala Lumpur selama dua hari berturut-turut,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ella juga akan terlibat sebagai artis undangan untuk Konsert Pelarian ‘Selamatkan Bumimu’ pada 6 Ogos depan bersama Datuk Ramli Sarip.

Ia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. – mStar Online

Kategori