Friday, April 12, 2024

Creating liberating content

Isu Ateis: Apa Tindakan...

SHARIFAH Farlearton, Hazim Ismail, Lina Joy dan Aisyah Bokhari antara yang bertindak murtad....

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut...

PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh...

Buku Ketokohan Tun Ismail...

KUALA LUMPUR – Kehadiran buku 'Paragon of Trust and Integrity' mengenai Gabenor pertama...

4 Pekerja TNB Sesat...

KUALA BERANG - Empat pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) ditemui selamat pagi ini...

Ratu Rock Malaysia Mengucapkan Terima Kasih Untuk 35 Tahun Dengan Konsert 2 Hari

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2023 – Malam tadi telah menjadi saksi kehebatan ratu rock negara, ELLA yang ternyata masih berbisa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bertempat di Arena Axiata Bukit Jalil, lebih 10,000 peminat hadir untuk menyaksikan konsert hari pertama ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’.

Konsert anjuran bersama oleh penganjur acara terkemuka Hitman Solutions dan syarikat pengurusan Ella iaitu RockQueen ini telah membuatkan para peminat, rakan media dan rakan artis tidak berganjak dari tempat duduk mereka dari mula sehingga habis.

Ella menyanyikan lagu-lagu hit yang pernah menjuarai carta muzik: Sembilu, Pengemis Cinta, Tiada Tangis Lagi, Kesal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Cinta Selembut Sutera, Dua Insan Bercinta, Standing In The Eyes Of The World, Peace Love Rindu dan banyak lagi, berjumlah 35 buah lagu kesemuanya, mewakili 35 tahun Ella dalam industri muzik. Ella juga kejutkan peminat dengan penampilan khas oleh Amy Search yang turut menghiburkan peminat.

Set up konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota telah direka khas untuk Ratu Rock, menggambarkan perjalanannya sebagai seorang artis. Hitman Solutions mereka pentas berinspirasikan kepingan-kepingan puzzle yang dicantumkan.

Ella juga telah mencipta sejarah dan direkodkan dalam Malaysian Book of Records sebagai artis tempatan yang pertama habis menjual tiket konsert dalam tempoh 24 jam di Arena Axiata Bukit Jalil. Ella telah menaikkan lagi nama artis tempatan dengan konsert bertaraf antarabangsa ini.

KENYATAAN DARI ELLA:

“Alhamdulillah, pertama sekali syukur di atas semua nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Kelu lidah untuk saya ungkapkan perasaan ketika ini, malam ini terpahat sebagai memori yang sememangnya manis setelah bergelar penghibur sepanjang 35 tahun dalam karier saya, saya juga teruja dengan sambutan luar biasa dari semua penonton dan peminat yang hadir.


“Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Hitman Solutions dan Rockqueen di atas penganjuran hebat, dan penghargaan saya semestinya buat semua peminat yang sudi hadir ke konsert pada malam ini. Saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan anda semua, yang sedari awal telah banyak menyokong sehinggalah ke hari ini.

“Jangan gusar dan risau, doakan agar saya dapat terus sentiasa mewarnai dunia anda selagi mana diizinkan.

“Insya-Allah, semoga kita dapat berjumpa lagi di siri konsert berlainan yang akan datang. Peace, love, rindu.

KENYATAAN DARI EN. ROHIT RAMPAL, CEO & PENGASAS HITMAN SOLUTIONS:

“Ella merupakan penanda aras kecemerlangan industri dan ikon muzik di Malaysia. Sememangnya wajar konsert ini diadakan untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-35 dan sesuatu yang monumental sebagai ucapan terima kasih kepada semua penyokongnya.

“Pihak Rockqueen dan Hitman Solutions telah bekerja keras untuk memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar dari persiapan konsert ke rekaan pentas. Kami ingin mencipta satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan oleh peminat Ella.

“Kami juga membawa kejutan istimewa untuk peminat dengan penggunaan LED wristband – gelang tangan yang mengandungi diod pemancar cahaya dan penerima frekuensi radio yang boleh diprogramkan oleh pengarah konsert untuk menyelaraskan lampu berdasarkan lagu. Ella merupakan artis tempatan pertama yang menggunakan Xyloband untuk konsert di Malaysia.

“Kami sangat berterima kasih di atas peluang ini dalam mencipta suatu sejarah untuk seorang legenda dan berharap untuk terus memperjuangkan industri muzik tempatan dan maju bersama-sama.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori