• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ambulans, Bayi Maut Lepas Lahir Dalam Kereta

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita Indonesia terpaksa melalui keadaan mencemaskan apabila bersalin di tempat duduk belakang sebuah kereta selepas tiada ambulans untuk membawanya ke hospital.

Lebih menyedihkan apabila bayi lelaki yang baru dilahirkan itu meninggal dunia selepas mereka sampai di Hospital Cut Nyak Dhien, Meulaboh, wilayah Aceh kira-kira 2,312 kilometer dari ibu kota Jakarta.

Kompas.com melaporkan, Linda, 20 tahun terpaksa dihantar ke sebuah hospital selepas mendapati bayinya berada dalam kedudukan songsang.

Bapanya, Tarmizi membawa anaknya ke Pusat Kesihatan Umum Mutulang tetapi petugas perubatan kawasan itu berkata, anaknya terpaksa dihantar ke hospital disebabkan keadaan bayi ketika itu.

Malangnya ketika itu, tiada ambulans di pusat berkenaan untuk membawa Linda ke hospital kerana dua ambulans yang ada digunakan dan dia terpaksa membawanya dengan keretanya sendiri sejauh 40 kilometer untuk ke hospital.

Tarmizi berkata, ketika tiba di Hospital Cut Nyak Dhien Meulaboh, separuh badan bayi berkenaan sudah terkeluar dari rahim Linda dan petugas terpaksa menguruskannya di belakang kereta.

Bayi itu bagaimanapun sudah tidak bernyawa apabila dilahirkan, tetapi ibunya terselamat.

Menurut Tarmizi dia kecewa kerana tiada doktor dan ambulans di pusat kesihatan umum ketika dia tiba di situ.

“Saya menelefon pemandu ambulans. Dia kata sedang hantar jenazah. Tetapi dalam perjalanan ke hospital, saya lihat ambulans itu di satu acara pesta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kesihatan Wilayah Aceh Barat, Zafril Luthfy mengesahkan kejadian itu berkata, dua unit ambulans tersebut digunakan untuk pesakit lain.

“Ada dua unit ambulans di Mutulang, satu unit menghantar pesakit dan satu lagi diminta untuk menghantar jenazah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan

Tags: AmbulansbayibersalinIndonesia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahap Capaian Internet Di Sekolah Sedang Dipertingkat

Next Post

Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh

Related Posts

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

01/06/2025
0

MUAR: Bayi perempuan yang menjadi mangsa nahas di Kilometer 144.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pada Isnin lalu, menghembuskan nafas...

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Next Post

Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd