• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Mahkamah Sivil, Komersil Selesai Ikut Tempoh

oleh AK-47
25/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Sebanyak 95 peratus kes sivil dan komersil di mahkamah-mahkamah di seluruh negara dapat diselesaikan mengikut tempoh masa ditetapkan, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan diselesaikan tidak sampai setahun selepas didaftar bagi mengelak kes tertangguh lama seperti sebelum ini.

“Kes sivil dan komersil ditetapkan untuk diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan…kini, tidak sampai 3,000 kes masih belum diselesaikan berbanding lebih 10,000 kes sebelum ini.

“Dari segi mengurangkan kes tertunggak, saya rasa kita berjaya melaksanakannya…cuma, masalah kita bagaimana untuk menyelesaikan baki kes lain,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

MoU itu dimeterai oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (KPMPM) yang diwakili Ketua Pendaftar Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dan UUM yang diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak. Turut hadir Hakim Utama Mahkamah Tinggi Alor Setar Datuk Hashim Hamzah.

MoU itu membolehkan KPMPM dan UUM menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan yang melibatkan perkhidmatan kehakiman dan perundangan, latihan berterusan dan pembelajaran.

Menjelas lanjut, Md Raus berkata bagi kes jenayah terutamanya yang melibatkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi, ia mesti diselesaikan dalam tempoh setahun manakala di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, masing-masing perlu diselesaikan dalam sembilan bulan.

“Sebelum kita buat perubahan ini, kes hukuman mati mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk tiba di Mahkamah Persekutuan,” jelas beliau.

Menurutnya satu perbincangan dengan Majlis Peguam telah diadakan bagi membincangkan bagaimana kes-kes di mahkamah dapat dipercepatkan dan berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama untuk melaksanakannya.

Ketika berucap pada majlis itu, Md Raus berkata objektif utama MoU itu adalah untuk menjalinkan kerjasama yang dapat meningkatkan profesionalisme baik di pihak mahkamah dan universiti.

“MoU ini merupakan satu kerjasama strategik yang memberikan kebaikan kepada pegawai-pegawai mahkamah untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan pembelajaran berterusan,” katanya.

MoU itu juga memberikan tumpuan kepada sembilan skop kerjasama antara kedua-dua pihak antaranya kemudahan penyelidikan dan perkongsian ilmu, penempatan pelajar dan anggota akademik secara sangkutan di mahkamah dan penggunaan kemudahan elektronik bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran.

Selain itu, ia menguntungkan pensyarah dan pelajar undang-undang yang ingin mendapatkan tunjuk ajar secara terus daripada hakim-hakim dan pegawai kehakiman, katanya. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd