Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PRK Tanjung Piai: Asyraf...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 16 November sebagai...

Buat Laporan Palsu, Lelaki...

TAWAU - Seorang pengawal keselamatan diarah melakukan kerja-kerja amal yang dipantau parol penjara selama tiga jam setiap hari selama tiga bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret...

Anwar Isytihar Harta Lebih...

ANWAR Ibrahim hari ini mengisytiharkan hartanya yang bernilai lebih RM10 juta kepada Suruhanjaya...

3 Kanak-Kanak Lemas Dalam...

KUANTAN - Tiga kanak-kanak, dua daripadanya adik-beradik, dijumpai mati lemas di kolam bekas...

Tentera Tahan 10 PATI Cuba Masuk Malaysia Di Serikin

KUCHING – Anggota Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang ejen warga Indonesia yang cuba memasuki kawasan sempadan tanpa dokumen sah di Serikin malam tadi.

Pegawai Memerintah 4KAD, Lt Kol Mohd Nizam Masri berkata PATI terdiri dari sembilan wanita dan seorang lelaki dan ejen tersebut ditahan ketika anggotanya sedang melaksananakan Ops Awas kira-kira 10 malam.

“Kumpulan PATI ini dari datang dari arah Jagoi Babang (Wilayah Indonesia) dan cuba memasuki sempadan melalui pos sekatan jalan raya di kawasan tanggungjawab (KTJ) Serikin. Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Anggota 4KAD kemudian menghubungi pegawai Imigresen Serikin untuk memaklumkan perkara tesebut memandang tiada sebarang dokumen yang sah dibawa oleh kesemua PATI tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Nizam berkata maklumat awal mendapati semua PATI itu berasal dari Jawa Tengah yang telah menaiki pesawat ke Pontianak, Kalimantan dan kemudian bercadang menggunakan laluan darat bagi memasuki sempadan dengan dibantu ejen tersebut.

“Seorang PATI memaklumkan tujuan mereka memasuki Malaysia adalah untuk berniaga di Serikin. Mereka perlu membayar kepada ejen berkenaan sebanyak Rp1 juta jika berjaya mendapat pekerjaan di Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Kategori