Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Penyu Hampir Mati Kerana...

SEEKOR penyu kini bertarung nyawa selepas ia dilaporkan diseret ke darat oleh pelancong di...

10 April Sebutan Semula...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan 10 April bagi sebutan...

LPJ Beri Kerjasama Kehilangan...

JOHOR BAHRU – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan...

Remaja Palestin Tebing Barat...

RAMALLAH - Seorang remaja Palestin yang ditembak tentera Israel ketika pertempuran di Tebing...

Tak Sedar Bodoh Sendiri, Lelaki Kantoi Rakam Wanita  

TIDAK menyedari kebodohan sendiri, tindakan seorang lelaki yang sedang leka merakam seorang wanita dirakam kembali oleh mangsa.

Insiden aib itu berlaku dalam sebuah tren MRT Singapura dalam perjalanan ke Harbourfront ketika lelaki terbabit selamba duduk bertentangan dengan mangsa sambil memegang telefon dan merakam video mangsa.

Mangsa pada awalnya tidak menyedari dirinya dirakam sehingga terlihat refleksi pada cermin tingkat tren berkenaan yang menampakkan dirinya pada skrin telefon lelaki berkenaan.

Tak Sedar Bodoh Sendiri, Lelaki Kantoi Rakam Wanita  

Mangsa kemudiannya mengeluarkan telefon dan merakamkan kembali perbuatan lelaki gatal berkenaan.

Video rakaman mangsa yang  menunjukkan perbuatan lelaki terbabit berdurasi 1 minit 13 saat itu bagaimanapun tular menerusi media sosial.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Suraj bagaimanapun telah dipanggil oleh pihak polis dan hasil pemeriksaan polis pada telefon bimbitnya mendapati lelaki terbabit menyimpan banyak video lucah.


Menurut polis, lelaki berkenaan cuba memberi alasan dan mengatakan bahawa mangsa kelihatan seperti kakaknya dan sebab itu dia merakam video mangsa. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Q-4l-krNBjo

 

 

Kategori