• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahaluf Siyasi: Azmin Kecewa Dengan Keputusan PAS

oleh AK-47
13/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui kecewa dengan keputusan Majlis  Syura Ulama (MSU) PAS yang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun akur dengan keputusan tersebut. Menurut beliau, pelbagai pencapaian yang dikecapi dalam kerajaan Selangor sejak tahun 2008 lalu konon adalah atas prinsip tahaluf siyasi.

“Saya kecewa dengan PAS. Kita lihat kerajaan Selangor yang terbentuk atas semangat dan prinsip tahaluf siyasi, banyak pencapaian yang telah kita capai termasuk perkembangan umat Islam dan agama Islam.

“Atas prinsip ini kerajaan berjaya melaksanakan mandat dan aspirasi rakyat, keputusan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada harapan tinggi rakyat untuk laksanakan perubahan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Semalam, Setiausaha MSU PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu sidang media memaklumkan keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR berkuat kuasa serta merta.

Keputusan tersebut ujar beliau dibuat berikutan PKR telah melanggar beberapa syarat tahaluf siyasi yang dipersetujui bersama sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASPKRTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd