• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T-Team Harap FMLLP Timbang Isu Pemotongan Mata

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – T-Team berharap pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) memberi pertimbangan sewajarnya berhubung tindakan pemotongan mata yang dikenakan terhadap pasukan itu.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Aidi-Naim Mohamad Samsani berkata pihak pengurusan T-Team telahpun mengemukakan surat rayuan kepada FMLLP berkenaan tindakan yang dikenakan sebaik menerima e-mel daripada FMLLP semalam.

Katanya, T-Team tidak berdepan sebarang masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan sehingga kini, bagaimanapun mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Memang berlaku sedikit kelewatan dalam mengemas kini sistem pengurusan maklumat bola sepak (SPMB) dan MYPass, namun kita telah pun memaklum perkara ini sebelum tarikh akhir diberikan oleh pihak FMLLP pada 31 Mac.

“Namun apa yang boleh saya katakan di sini kesemua isu berhubung kelewatan pembayaran KWSP, Perkeso dan juga LHDN telah diselesaikan,” katanya dalam kenyataan,di sini, hari ini.

T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Kelantan serta dua lagi pasukan dari Liga Perdana iaitu Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Aidi-Naim berkata kesemua bayaran tertunggak itu sudah dijelaskan bulan lepas dan surat pengesahan KWSP diterima pada 27 April dan LHDN tiga hari selepas itu (30 April).

“FMLLP diharap dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya berhubung tindakan pemotongan mata tersebut memandangkan T-Team telah berusaha untuk menyelesaikan isu sebagaimana garis panduan yang diberikan FMLLP,” katanya.

Pihaknya juga berharap agar perkara sama tidak berulang pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: bola sepakIsu Pemotongan MataT-Team
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd