Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Batal Niat Miliki Rumah...

SEORANG lelaki sanggup melupakan hasratnya untuk memiliki sebuah rumah lelong selepas mengetahui masalah...

Wanita Parah Terlibat Pergaduhan...

BANGKOK - Seorang warga Poland cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan dengan ‘mak nyah’...

Semua Penjawat Awam Harus...

KOTA KINABALU - Amalan integriti seharusnya menjadi pegangan utama bagi setiap penjawat awam...

Kes Bunuh Suami Isteri...

ALOR SETAR - Polis menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan pasangan...

Sarawak Tawar Ekonomi Tempatan Lebih Kondusif

KUCHING – Sarawak boleh berkembang dengan lebih cepat dan mencapai taraf hidup yang lebih tinggi jika ia menawarkan persekitaran ekonomi tempatan yang sesuai bagi keusahawanan dan usaha perniagaan, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata satu daripada cara terbaik untuk memperbaiki persekitaran ekonomi tempatan adalah dengan mengamalkan ekonomi terbuka, menjadikan ekonomi tempatan lebih mudah diakses oleh setiap orang yang mahu kehidupan lebih baik.

“Dengan menawarkan ekonomi terbuka, kita juga mendedahkan diri kita kepada cabaran iaitu cabaran yang datang dari dalam negara dan luar negara dan untuk menyahut cabaran ini kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan melindungi zon selesa kita.

“Kita sebaliknya mesti mencari peluang baharu yang diwujudkan oleh cabaran baharu ini dan kita tidak boleh menutup minda kita terhadap idea-idea baharu…kita perlu lihat ke hadapan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 di sini hari ini.

Dengan membuka ekonominya, beliau berkata Sarawak mahu peluang baharu berkembang di negeri ini, dari idea-idea jenerasi muda anak jati Sarawak, dan juga anak muda dari negara-negara lain yang mendapati Sarawak menarik sebagai tempat bekerja dan kehidupan.

Ketua Menteri berkata Sarawak mengalu-alukan semua bakat tempatan dan global.

Abang Johari berkata fokus utama menawarkan persekitaran ekonomi terbuka Sarawak adalah untuk mewujudkan peluang baharu untuk usaha perniagaan dan pekerjaan, sambil menambah usaha niaga baharu, lahir dari idea yang baik yang boleh memberikan penyelesaian masalah dalam kehidupan sebenar.


Beliau berkata idea yang baik, lahir daripada cara-cara baharu untuk menyelesaikan masalah kehidupan, bukan sahaja di Sarawak tetapi di tempat lain di dunia juga kerana idea-idea yang baik juga datang dalam pelbagai cara baharu untuk menghubungkan Sarawak, dengan negara luar.

“Kita mesti sentiasa mempunyai daya cipta, supaya diri kita sentiasa relevan dengan perkembangan dunia hari ini dan sentiasa mencari perubahan untuk sesuaikan dengan perubahan besar dunia yang menawarkan banyak peluang untuk kita semua di Sarawak, golongan muda Sarawak serta golongan berusia di negeri ini tanpa mengira kaum,” katanya.

Beliau berkata rakyat Sarawak mesti sentiasa berjaga-jaga dalam memastikan sempadan negeri ini adalah selamat, iaitu mengetatkan kawalan ke atas imigresen dan melindungi kepentingan strategik Sarawak.

Selain itu katanya, dalam keadaan ekonomi global yang sangat kompetitif, Sarawak perlu menjemput syarikat global untuk menubuhkan pejabat di negeri ini dan melabur dalam projek-projek di sini. – BERNAMA

Kategori