Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PDRM Aktifkan Bilik Gerakan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan bilik gerakan khas di...

Ada ‘Bran’ Taip “ががばば”...

PERINGATAN: Ibu mengandung, kanak-kanak dan pesakit penyakit jantung tidak digalakkan untuk mencuba permainan...

Pembunuhan Warga Myanmar Tiada...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar...

Pengambilalihan FGV Perlu Utamakan...

KUALA LUMPUR - Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mahu pengambilalihan FGV Holdings Berhad...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

SIBU – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana meluluskan pendaftaran Parti Gabungan Sarawak (GPS).

Beliau berkata​​​​​​​, kelulusan itu akan membolehkan amalan demokrasi dapat dijalankan demi kepentingan rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khasnya.

“Kita akan terus menjalankan tugas kita dalam amalan demokrasi yang ada untuk kepentingan negeri Sarawak dan juga negara Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita ​​​​​​​selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi dan Graduasi Kali ke-65 Sekolah Kebangsaan Abang Ali di Dewan Suarah, Sibu, di sini hari ini.

Beliau yakin kerjasama yang ada antara parti-parti politik Sarawak di bawah gabungan tersebut akan membawa manfaat kepada rakyat di negeri itu.

Ditanya bila logo GPS akan dilancarkan, Abang Johari, yang juga pengerusi protem GPS dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata, buat masa ini pihaknya akan menunggu butiran mengenai kelulusan gabungan itu sebelum melangkah ke tahap yang berikutnya.


Mengenai permohonan daripada parti lain menyertai GPS, beliau berkata penerimaan parti termasuk Parti Rakyat Bersatu (UPP) perlu mendapat persetujuan tiga per empat GPS berbanding 100 peratus dalam Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

GPS terbentuk pada Jun lalu selepas empat parti Sarawak yang memerintah – ​​​​​​​Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) – keluar daripada Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu. – BERNAMA

Kategori