• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Pecah Pintu Bank Di Ipoh Belum Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pihak polis masih meneruskan siasatan berhubung kes memecah pintu cermin empat buah bank dan sebuah premis menjual kereta di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diterima daripada pihak bank tidak dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Polis telah pun dapatkan rakaman CCTV daripada pihak bank tetapi ia tidak dapat membantu kerana pergerakan suspek di luar liputan CCTV,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan serah-terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Supt Mohamad Nordin Abdullah menerima pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran) bagi menggantikan Supt. Mohd Nor Rasid yang bersara.

Menjelas lanjut, Sum berkata polis telah menerima lima laporan berhubung insiden berkenaan dan sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada sumber lain termasuk orang awam serta laporan forensik.

Dalam kejadian itu, pintu cermin empat buah bank di sekitar bandar raya Ipoh pecah dipercayai akibat perbuatan khianat dengan ditembak menggunakan senapang angin oleh individu tidak dikenali.

Namun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di bank-bank terlibat tidak menujukkan tanda-tanda ia diusik atau cuba dipecahkan.

Polis percaya motif utama kes itu merupakan perbuatan khianat dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: polisrompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd