• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Warga Australia: ADUN Dilucut, PRK Pujut Bakal Ada

oleh
12/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini melucutkan kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr. Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat DAP yang dipilih.

Menurut portal tempatan, ketika mengumumkan pelucutan berkenaan, Yang Dipertua DUN, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar berkata, 70 ADUN mengundi menyokong manakala 10 lagi ADUN mengundi menentang.

Usul pelucutan ADUN Pujut tersebut dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan. Keputusan itu berkuat kuasa serta merta .

Berdasarkan perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak menyatakan bahawa mana-mana orang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai ADUN.

Dengan pengumuman itu, Speaker DUN bakal membawa notis kekosongan kerusi N.74 tersebut kepada pihak ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya untuk pewartaan dan proses pilihan raya kecil (PRK) di situ.

Kes Tiong Choon, 51, menarik perhatian ramai ekoran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong memfailkan petisyen pilihan raya memohon mahkamah mengumumkan kemenangan sebagai batal dan tidak sah.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan susulan keraguan pelbagai pihak yang mendakwa Tiong Choon masih lagi sebagai warga Australia, berdaftar pengundi di sana sekali gus hilang kelayakan sebagai calon.

Dalam pertandingan empat penjuru pada  7 Mei tahun lalu, wakil DAP itu menang dengan 8,899 undi menewaskan BN yang meraih 7,140 undi, manakala Jofri Jaraiee (PAS) 413 undi, diikuti Fong Pau Teck (Bebas) hanya 375 undi.

Pujut dalam Parlimen Miri ada 26,202 pengundi terdiri daripada 70.4 peratus kaum Cina, Melayu dan Melanau (17.9 peratus), Iban (7.5 peratus), Orang Ulu (1.8 peratus), Bidayuh (0.6 peratus) serta lain-lain (1.6 peratus).

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Sarawak tahun lalu apabila sebelum ini kerusi N.01 Tanjong Datu pada 18 Februari ekoran penyandangnya yang juga bekas ketua menteri, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia.

Pada PRK itu, balu allahyarham, Puan Sri Jamilah Anu (BN) menewaskan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak, Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, Rapelson Richard Hamit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPDun Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd