• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium Nasional Titik Tumpuan UMNO 71 Tahun

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semangat UMNO yang bersatu padu, siap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14, akan dirasai dalam sambutan ulang tahunnya ke-71 esok, dan dijelmakan menerusi perhimpunan besar-besaran anggota yang setia kepada parti di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Acara itu disifatkan oleh pemerhati sebagai perhimpunan terbesar parti dan berkemungkinan yang terakhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum yang dinanti-nantikan itu.

Kira-kira 140,000 anggota parti dari seluruh pelosok tanah air dijangka membanjiri stadium itu untuk bersama-sama Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperingati penubuhan parti yang sejak lebih tujuh dekad mempertahankan dan membangunkan bangsa .

Acara sambutan dijadual bermula pada 6.45 petang dengan ceramah agama disusuli solat Maghrib berjemaah.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO sekitar 8.20 malam akan disusuli dengan acara penyampaian hadiah Karnival Sukan dan pertandingan esei kreatif serta video pendek bersempena sambutan ulang tahun itu.

Pada 9 malam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dijadual menyempurnakan acara larian masuk bendera ‘Sang Saka Bangsa’ ke dalam stadium sekali gus menamatkan acara larian bendera UMNO itu yang bermula sejak 1 Mei lalu secara serentak di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah.

Hadirin akan memberi sepenuh tumpuan apabila Najib berdiri di rostrum untuk menyampaikan ucapannya yang dijangka sarat dengan mesej perpaduan dan kesinambungan perjuangan parti pada masa depan.

Ia juga dijangka dimuatkan dengan kata-kata semangat buat bekalan anggota parti dalam menghadapi PRU14 yang bakal menjelang di kala UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilontarkan musuh parti.

Majlis itu juga bakal menyaksikan pelancaran pembangunan menara 70 tingkat KL Putra dan penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada tiga penerima.

Bagi menghargai kehadiran anggota parti, acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM1 juta termasuk enam kereta dan 10 motosikal akan turut diadakan. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd