• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 414 Individu Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 414 individu atas pelbagai kesalahan pada tahun ini, dengan 191 orang atau 46 peratus daripadanya merupakan penjawat awam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Bahari Mohd Jamil berkata 13 daripada penjawat awam tersebut memegang jawatan peringkat pengurusan tertinggi, 44 daripada peringkat pengurusan dan profesional manakala 134 pula adalah kumpulan pelaksana.

“Kita mahu memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah yang memang fokusnya terhadap gejala rasuah dalam sektor awam.

“Dalam masa tiga tahun ini menjelang 2020, kita fokus kepada sektor awam dahulu, bagaimanapun ia tidak bermakna sektor lain diketepikan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

Pada majlis itu Shamshun Bahari mewakili SPRM turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi kerjasama dalam khidmat nasihat dan rundingan serta perkongsian maklumat mengenai perlakuan jenayah rasuah.

Warga KPKT diketuai menterinya Tan Sri Noh Omar, turut melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang bertujuan meningkatkan rasa tanggungjawab penjawat awam dalam melaksanaan tugas dan menghindari amalan rasuah dalam majlis itu.

Noh berkata langkah kementerian menyertai bacaan ikrar itu memberi mesej jelas kepada masyarakat bahawa KPKT berjanji akan menjalankan tugas dengan amanah dan tidak prejudis ke atas mana-mana warganya yang terlibat dalam perbuatan rasuah.

“Kita tidak mahu rasuah menjadi seperti budaya dalam negara kita kerana ia akan meranapkan negara, bukan sahaja rakyat tempatan hilang kepercayaan kepada kerajaan malah pelabur luar juga tidak akan datang ke negara kita,” katanya.

KPKT adalah kementerian ke-11 yang melafazkan ikrar tersebut. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd