• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Ragbi Wanita Berada Pada Landasan Tepat

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persiapan skuad ragbi tujuh sebelah wanita kebangsaan kini berada pada landasan yang tepat dalam menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.

Ketua jurulatih kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata pasukan bimbingannya itu sudah mula menunjukkan perkembangan positif secara keseluruhan meskipun baru sahaja ‘berusia’ tujuh bulan.

Menurutnya, pendedahan melalui pelbagai program latihan disamping beberapa perlawanan persahabatan dan kejohanan yang disertai membantu anak buahnya untuk mendapatkan gambaran serta memahami konsep sukan ragbi.

“Pasukan ini mula dibentuk pada November tahun lepas dan hanya seorang sahaja pemain senior dikekalkan dan selebihnya semuanya pemain baharu yang merupakan atlet daripada sukan bola jaring, silat, hoki dan aikido yang tidak langsung mempunyai pengalaman bermain ragbi.

“Tetapi selepas hampir tujuh bulan menjalani program latihan yang intensif seperti dirancang, saya dapat lihat perkembangan positif ditunjukkan mereka antaranya berjaya menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Siri Ragbi ASEAN Divisyen Dua,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Safuan, yang juga bekas pemain kebangsaan, mengakui bahawa untuk meraih kedudukan tiga terbaik di temasya dwitahunan itu adalah satu cabaran besar, namun beliau optimis ia boleh dicapai sekiranya pasukannya mampu meningkatkan tahap kekuatan fizikal serta ketahanan mental.

“Secara peribadi, saya mahu menamatkan saingan di temasya itu dengan menaiki podium. Saya tidak kisah apa warna pingat sekali pun. Saya mahu pasukan ini melakar sejarah menyumbangkan pingat buat negara.

“Masih terdapat beberapa perkara yang masih perlu mereka (pemain) perbaiki dan salah satu daripadanya ialah untuk memantapkan lagi kekuatan fizikal dan juga ketahanan mental,” katanya.

Pasukan negara ketika ini menjalani latihan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum berpindah ke Ranau, Sabah bagi menjalani latihan beraltitud tinggi selama 10 hari bermula 12 Jun ini.

Mereka dijadualkan akan berlepas ke Hong Kong pada 23 Jun untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Bawah 20 Tahun (B20) mereka serta dua kelab tempatan, sebelum beraksi menentang Filipina, yang ketika itu turut berada di sana.

Sebagai rekod, skuad ragbi wanita negara sekadar meraih tempat keempat pada edisi Sukan SEA 2015 di Singapura. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi...

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd