• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Insurans Kesihatan Sukarela Bakal Diperkenal

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan memperkenal skim insurans kesihatan sukarela pada pertengahan tahun depan sebagai alternatif perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata struktur skim insurans itu sudah diluluskan Kabinet dan kini, ia sudah 40 peratus siap.

“Ia akan dikendalikan oleh organisasi tidak berasaskan keuntungan di bawah kementerian ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dr. Subramaniam berkata caruman skim berkenaan akan ditawarkan pada harga berpatutan tetapi perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.

Beliau berkata skim insurans itu diharap dapat membantu mengawal harga rawatan perubatan swasta yang semakin meningkat.

“Kerajaan akan melihat skim ini dari semua aspek termasuk kos, liputan dan produk yang lebih baik yang ada ditawarkan oleh sektor swasta,” katanya.

Selain itu, kerajaan mahu memainkan peranan dalam memastikan kos rawatan di sektor swasta adalah munasabah dan mampu dibayar.

“Ada hospital swasta mengenakan kadar rawatan terlalu tinggi namun, jika ada saingan daripada (pelaksanaan) skim insurans ini, (kemungkinan) ia akan dapat mengawal harga rawatan dalam pasaran (perkhidmatan kesihatan swasta),” kata Dr. Subramaniam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamSkim Insurans
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertimbang Skim Insurans Untuk PDRM

16/10/2018
0

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian perlindungan insurans kepada pegawai dan anggota polis yang sentiasa berhadapan...

PKRM Cadang Kaji Semula Skim Insurans Jadi Langkah Penjimatan

27/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) mencadangkan pengurusan insurans yang berstruktur lebih berkesan untuk bantu kerajaan mengurangkan beban...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd