• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKRM Cadang Kaji Semula Skim Insurans Jadi Langkah Penjimatan

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) mencadangkan pengurusan insurans yang berstruktur lebih berkesan untuk bantu kerajaan mengurangkan beban hutangnya.

Pengerusinya, Datuk Ranjith Raja berkata PKRM, melalui syarikat pelaburannya, akan bertindak sebagai perunding insurans untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, agensi kerajaan dan sektor korporat dalam urusan insurans bagi memperolehi penjimatan kos.

“PKRM merujuk kepada kesungguhan kerajaan dalam menjalankan langkah penjimatan menyeluruh dan berharap melalui amalan ini kerajaan dilihat tidak membazirkan wang tanpa semak dan diteliti.

“Pemberian tender dan penyertaan perolehan juga harus dikaji dan tidak seharusnya kekal kepada sesuatu entiti sahaja kerana peluang mengetahui cadangan alternatif harus dilihat secara dasarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ranjith berkata inisiatif yang dicadangkan itu telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan bagi membentuk satu pakatan strategik ke arah membolehkan kerajaan menjimatkan kos.

“Perunding kami akan terus membantu usaha baik penjimatan kos perbelanjaan mengurus dan mengemukakan cadangan, laporan dan kertas kerja kepada perdana menteri untuk penelitian dan nasihat,” katanya.

Dalam kenyataannya, PKRM mengatakan bahawa ia dipandu oleh prinsip meneliti perkhidmatan dengan memberikan nilai kepada wang dan perbandingan kos mengikut pasaran insurans, bagi membolehkan kerajaan menilai dan membuat pilihan dengan lebih efektif dan efisien.

PKRM boleh dihubungi di talian 03-8861 7557 dan 03-2181 6665 untuk nasihat, panduan dan taklimat percuma mengenai keperluan perkhidmatan insuran. – BERNAMA

Tags: PKRMSkim Insurans
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertimbang Skim Insurans Untuk PDRM

16/10/2018
0

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian perlindungan insurans kepada pegawai dan anggota polis yang sentiasa berhadapan...

PKRM Sedia Promosi i-Suri Ikut Saranan TPM

03/10/2018
0

PUTRAJAYA - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan Kerajaan dalam usaha perkenal produk jaminan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd