• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Perlu Dalam Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Satu sistem yang menyeluruh lagi kondusif bermula dari aspek pencegahan, pembanterasan, perundangan dan perkhidmatan sokongan perlu diwujudkan dalam menangani kes-kes yang berkaitan dengan keganasan serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata sistem itu diperlukan bukan sahaja khusus bagi melihat aspek kebajikan mangsa, tetapi turut meliputi aspek lain seperti pendidikan, keselamatan, stigma dalam masyarakat, di samping segala keperluan mangsa.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri telah menyiapkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) antara agensi-agensi berkaitan bagi tujuan penyelarasan, supaya urus tadbir kes keganasan serta jenayah seksual yang membabitkan wanita dan kanak-kanak dapat dikendalikan dengan lebih Cepat, Cekap, dan Tepat.

“Semua agensi seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital dan lain-lain mempunyai hubung kait antara satu sama lain, dan mereka harus faham peranan serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan segera apabila berhadapan dengan kes sebegini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Jenayah Seksual Kanak-kanak di sini hari ini.

Forum anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak itu disertai kira-kira 500 peserta terdiri daripada wakil-wakil agensi berkaitan seperti polis, jabatan kesihatan, dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Selain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah seksual dan cara melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman penjenayah, ia juga bagi memberi penerangan kepada orang ramai mengenai Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Fatimah Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehamilan Remaja Di Sarawak Turun 428 Kes Tahun Lepas

03/03/2017
0

KUCHING - Kes kehamilan remaja di Sarawak turun sebanyak 428 kes tahun lepas namun statistik itu tidak menggembirakan Menteri Kebajikan,...

Jangan Buat Kesimpulan Negatif Jika Tak Dapat Kerja

03/03/2017
0

KUCHING - Pencari kerja diminta supaya tidak cepat membuat kesimpulan negatif sekiranya gagal memperoleh kerja yang dipohon termasuk mengaitkan kegagalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd