• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Kesimpulan Negatif Jika Tak Dapat Kerja

oleh AK-47
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pencari kerja diminta supaya tidak cepat membuat kesimpulan negatif sekiranya gagal memperoleh kerja yang dipohon termasuk mengaitkan kegagalan itu dengan perkara yang tidak relevan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Fatimah Abdullah memberi contoh kes seorang pemohon yang gagal mendapat kerja sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dan membawa perkara itu kepada wakil rakyat parti pembangkang.

Isu itu kemudiannya dimainkan pembangkang yang mempertikaikan alasan penolakan ‘tidak memenuhi kriteria penapisan’ oleh Jabatan Agama Islam Sarawak selain kuasa jabatan tersebut menolak permohonan, kata Fatimah dalam sidang media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata jawatan itu ditawarkan oleh jabatan berkenaan, sekali gus memberinya kuasa membuat pilihan.

Iklan bagi jawatan itu disiarkan oleh akhbar pada awal tahun ini dan selepas permohonan ditutup pada 27 Jan lalu, sebanyak 4,438 permohonan diterima bagi mengisi dua kekosongan, katanya.

Menurut Fatimah penjawat jawatan akan bertanggungjawab menyelia kelas bahasa Arab, sekolah-sekolah agama di bawah kerajaan negeri serta kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“(Justeru) permohonan calon (yang berkenaan) memang ditolak sebab tidak sesuai engan jawatan ini, walaupun dia guru matematik, tapi jelas dia tidak sesuai untuk jawatan ini,” katanya.

“Penjelasannya cukup ringkas di sini, tapi kerana tidak faham dan sentiasa ada syak wasangka terhadap kerajaan, maka timbulkan macam ni,” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: Datuk Fatimah AbdullahpekerjaanPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd