• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Buat Dan Edar Wang Palsu Tumpas

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket yang aktif membuat dan mengedar wang palsu sejak tahun lepas dengan tertangkapnya enam suspek termasuk dalang utamanya dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Wan Rukman Wan Hassan berkata serbuan berkenaan dilakukan di hotel bajet dan kawasan perumahan di Klang, Shah Alam dan Puchong, antara pukul 2.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

Menurutnya, dalam ketiga-tiga serbuan polis telah merampas wang palsu RM100 dan RM20 bernilai RM12,540 serta tiga set kelengkapan yang dipercayai digunakan untuk membuat wang palsu.

“Ketika serbuan, suspek sedang giat membuat wang palsu ini dan sindiket ini juga kerap berpindah antara sebuah hotel bajet ke hotel bajet yang lain untuk mengelakkan daripada dikesan. Dianggarkan sindiket ini mampu membuat wang palsu bernilai RM10,000 sehari.

Modus operandi sindiket ini adalah selepas wang palsu ini siap dibuat, mereka akan mengedarnya dengan menjual kepada agen atau orang tengah yang kemudian akan menggunakan wang ini untuk membeli barangan di pasar malam dan pasar basah sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kata Wan Rukman, kesemua suspek, empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 20 hingga 40 tahun direman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan dan usaha untuk mengesan orang tengah atau agen sindiket ini sedang giat dijalankan.

Menurutnya lagi, serbuan dilakukan selepas pihaknya membuat risikan kira-kira sebulan susulan beberapa laporan polis yang dibuat oleh pihak bank dan para peniaga pasar malam serta pasar basah di sekitar Lembah Klang berhubung perkara berkenaan.

Wan Rukman turut menasihati peniaga terutamanya di pasar malam dan pasar basah supaya lebih berhati-hati apabila menjalankan urusniaga yang melibatkan wang RM100.

“Wang palsu ini boleh dikatakan berkualiti tinggi, jika dilihat sekali imbas terutamanya pada waktu malam ia kelihatan seperti wang tulen,” katanya. – BERNAMA

Tags: wang palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Baru Tatih, Belum Pandai Cakap, Dah Dirogol”

Next Post

Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah

Related Posts

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

30/03/2023
0

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu bernilai RM1,860 oleh Mahkamah Majistret di sini,...

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

06/07/2022
0

Bukit Mertajam : Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki wang palsu berjumlah RM5,300 pada...

Next Post

Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd