• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan pendekatan amat tegas dan agresif dalam operasinya, termasuk menangkap individu yang terlibat dengan rasuah, tanpa gentar dan pilih kasih.

Ketua pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini kerana rasuah menjadi pembuka lorong kepada pelbagai jenayah keji lain seperti jenayah rentas sempadan dan pengedaran dadah.

Menurut beliau, akibat rasuah, wanita dan kanak-kanak akan terus diperdagangkan, manakala senjata kecil akan sampai ke destinasi yang boleh mencetuskan keganasan.

“Rasuah bukan jenayah semata-mata. Bertan-tan dadah akan terus sampai kepada penggunanya dan kegiatan penyeludupan serta pencerobohan sempadan akan terus berleluasa,” katanya dalam ucaptama pada Forum Agensi Pencegahan Rasuah ke-8 di sini hari ini.

Dzulkifli berkata perkara paling membimbangkan ialah rasuah akan terus menjadi “pencuri” pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial.

Beliau berkata pelaksanaan mekanisme pemantauan semata-mata tidak mencukupi sekiranya ingin menjadikan usaha kerajaan memerangi rasuah sampai ke peringkat umbinya.

“Bagi saya, semua usaha mulia ini akan gagal tanpa adanya tanggungjawab bersama.

“Sekiranya kita, sebagai warganegara, hanya berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa, maka diri kitalah yang patut dipersalahkan kerana membiarkan rasuah terus menghakis hasil yang telah dicapai melalui demokrasi yang kita perjuangkan dengan begitu bersusah-payah selama ini,” katanya.

Lapan agensi anggota mengambil bahagian dalam forum dua hari itu yang bertujuan memupuk kerjasama dalam kalangan agensi pencegahan rasuah di rantau ini. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd