• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

oleh AK-47
30/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu bernilai RM1,860 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hukuman diputuskan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas tertuduh, Norhayati Talib, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan bersama dengan dua lagi tertuduh.

Bagaimanapun, dua tertuduh itu, Zuhan Khan Mohamed Ali, 53, dan Mohd Kadrie Kamarulzaman, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara Norhayati bermula daripada tarikh ditangkap pada 20 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu bersama dua lagi tertuduh didapati memiliki 18 keping wang kertas palsu RM100 dengan nombor siri AH8860569 dan tiga keping wang kertas RM20 (CR0312132).

Kesalahan dilakukan di bilik nombor 10, sebuah motel di Jalan Batu Ferringhi, pada 4.30 petang, 20 Mac lalu dan mereka didakwa mengikut Seksyen 489 C Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Cheah Eng Soon.

Mahkamah membenarkan Zuhan Khan dan Mohd Kadrie diikat jamin RM4,000 serta seorang penjamin dan syarat, perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali hingga kes selesai.

Kedua-duanya juga dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan 16 Mei ditetapkan untuk sebut semula kes.

Dalam pada itu, Zuhan Khan yang juga pekerja hotel turut didakwa memiliki

lapan keping wang kertas palsu RM100 bernombor siri DQ0520086; enam keping wang palsu RM100 (AH8860569) dan sekeping wang palsu RM20 (CR031232)

dalam bilik nombor 4 di motel sama pada tarikh dan masa sama.

Sementara, Zuhan Khan juga didakwa menggunakan sekeping wang kertas palsu RM100 sebagai wang tulen di sebuah kedai serbaneka di Batu Ferringhi pada 11.17 malam, 11 Mac lalu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chew Qi Wey manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes itu disebut semula 12 Mei depan.

-Harian Metro

Tags: wang palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Terkilan Tak Sempat Sedia Baju Raya Warna Hitam

Next Post

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Related Posts

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

06/07/2022
0

Bukit Mertajam : Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki wang palsu berjumlah RM5,300 pada...

Tukang Cat Didakwa Miliki Alat Buat Wang Palsu

12/10/2018
0

KUANTAN - Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan memiliki peralatan menghasilkan...

Next Post
Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd