• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Masih Kaji Cadangan Acara Ganti Formula 1

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sepang International Circuit (SIC) masih mengkaji pelbagai cadangan daripada beberapa pihak yang mahu ia menganjurkan acara-acara mereka bagi menggantikan perlumbaan Formula 1 (F1).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya diaju dengan pelbagai cadangan sejurus Malaysia mengumumkan ia tidak akan lagi menganjurkan perlumbaan F1 mulai tahun depan.

“Kita masih dalam proses membuat kajian dan tidak terburu-buru untuk menganjurkan acara bagi menggantikan F1. Banyak aktiviti di litar yang boleh kita anjurkan, kita masih mengkaji pilihan yang ada,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam promosi jualan tiket Grand Prix Malaysia F1 di sini, hari ini.

Selepas menganjurkan perlumbaan F1 selama 19 tahun bermula pada 1999, acara itu bakal melabuhkan tirainya di Malaysia dengan perlumbaan terakhir akan berlangsung tahun ini bermula 29 Sept hingga 1 Okt.

Tanpa perlumbaan F1, Razlan menegaskan ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada SIC untuk memenuhi kalendar aktiviti di Litar Sepang.

Menurutnya, sejak lima tahun lepas kadar pengisian aktiviti Litar Sepang melebihi 90 peratus.

“Tiada masalah (untuk mengisi acara di Litar Sepang selepas berakhir F1), masalah kita adalah kita tidak mempunyai banyak hari dalam setahun atau jam dalam sehari (bagi memboleh litar disewa),” katanya.

Litar Sepang, katanya akan dilengkapi sistem lampu pada akhir tahun ini yang akan membolehkan SIC memanjangkan tempoh sewaan selama enam jam lagi pada waktu malam.

SIC menurutnya mempunyai pelbagai sumber perolehan alternatif selain sewaan litar termasuk beberapa kemudahan yang akan dibina tidak lama lagi seperti hotel, taman tema dan sebagainya.

Bagi perlumbaan F1 terakhir di Malaysia tahun ini, Razlan menjangkakan pengurangan mendadak harga tiket akan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung terutama warga tempatan untuk menyaksikan perlumbaan.

Dengan harga antara RM169.68 dan RM336.18, mereka dapat menonton perlumbaan F1 di Litar Sepang tahun ini.

Razlan berkata secara konservatif, SIC menyasarkan 80 peratus daripada kapasiti penonton di Litar Sepang akan dipenuhi penonton kali ini.

“Dengan 80 peratus kapasiti, ia adalah 23 peratus lebih tinggi daripada jumlah penonton pada perlumbaan F1 tahun lepas,” katanya sambil menambah jualan tiket telah mencapai 15 peratus setakat ini.

Memandangkan tempoh untuk membeli tiket masih panjang sebelum perlumbaan pada Okt, beliau menjangkakan pembelian akan bertambah apabila pihaknya meningkatkan usaha pemasaran dan promosi.

SIC mengharapkan peminat tempatan akan mengambil peluang menyaksikan perlumbaan F1 terakhir di Malaysia sebelum ia ‘berehat’ sementara, kata Razlan. – BERNAMA

Tags: SIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SIC Yakin Jumlah Kehadiran Penonton Dapat Terus Ditingkatkan

05/11/2018
0

SEPANG - Kehadiran penonton yang melepasi sasaran awal pada hari perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam, meyakinkan pihak promoter sukan...

SIC Bantu Cari Pelumba Gantian Moto2 Di Sepang

27/10/2018
0

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian bagi mengganti pelumba Moto2 Tech 3 Racing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd