• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Yakin Jumlah Kehadiran Penonton Dapat Terus Ditingkatkan

oleh
05/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kehadiran penonton yang melepasi sasaran awal pada hari perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam, meyakinkan pihak promoter sukan permotoran negara, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC)untuk mengekalkannya pada edisi yang akan datang.

“Saya memang tidak sangka lebih daripada 100,000 penonton datang pada hari perlumbaan.

“Ini menunjukkan kita mendapat sokongan padu rakyat Malaysia dan juga pelancong luar negara, khususnya peminat sukan permotoran,” kata ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali ketika ditemui pemberita di Litar Sepang, semalam.

Menurut statistik kehadiran penonton pada hari perlumbaan semalam sahaja mencecah 103,984 penonton, sementara pada sesi latihan bebas dan sesi kelayakan pada Jumaat dan Sabtu, masing-masing mencatat 24,476 dan 41,367 orang.

Kehadiran penonton pada hari perlumbaan (Ahad) itu mengatasi rekod penganjuran sebelum ini iaitu 97,457 orang pada tahun lepas dan 95,316 orang pada tahun 2016.

Sementara jumlah kehadiran penonton untuk tiga hari bermula dengan sesi latihan bebas pada Jumaat untuk tahun ini ialah 169,827 orang berbanding 166,486 orang tahun lepas.

Pada tahun 2016, sejumlah 161,553 penonton direkodkan sepanjang tiga hari bermula dengan sesi latihan bebas.

“Seperti kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam buku program tahun ini, perlumbaan MotoGP adalah flagship untuk Malaysia kerana adanya pelumba Malaysia yang bertanding…sebab kita mendapat sokongan yang kuat,” kata Razlan.

Menurut beliau untuk tahun ini, bagi menampung jumlah permintaan yang tinggi, kawasan Hillstand G dibuka kembali.

“Kali terakhir kawasan tempat menonton itu dibuka ialah pada 1999. Untuk tahun ini, kawasan itu menempatkan kira-kira 10,000 penonton,” katanya.

Mengenai pertukaran jadual perlumbaan, Razlan berkata pada awalnya semua pasukan yang terlibat juga marah dengan keputusan yang diambil oleh pihak Dorna (pemilik penganjuran MotoGP).

“Mereka membuat keputusan itu berdasarkan laporan kajian cuaca yang mengatakan akan hujan sepanjang minggu di kawasan Litar Sepang.

“Pertukaran jadual perlumbaan yang dibuat oleh pihak penganjur selepas berbincang dengan SIC dan ia dihebahkan dengan cepat dan penonton mendapat maklumat itu walaupun ada yang terlepas pandang.

“Pada awalnya pasukan-pasukan yang terlibat juga marah dengan keputusan yang diambil oleh pihak Dorna, dilihat sebagai satu tindakan besar tetapi bila melihat kepada apa yang berlaku hari ini (semalam), mereka berpuas hati dan merasakan ianya bagus untuk buat pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Razlan keputusan muktamad mengenai penetapan jadual musim akan datang belum dibuat lagi walaupun mendapat reaksi yang positif. – BERNAMA

Tags: SIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SIC Bantu Cari Pelumba Gantian Moto2 Di Sepang

27/10/2018
0

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian bagi mengganti pelumba Moto2 Tech 3 Racing...

Dr Mahathir Rasmi Lampu Limpah Litar SIC

02/08/2018
0

SEPANG – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini diberi penghormatan untuk merasmikan lampu limpah yang ekstensif menerangi keseluruhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd