• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan SPRM: Tiada Individu Bergelar Tun Tersenarai

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Tiada individu bergelar Tun yang tersenarai dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi penyalahgunaan kuasa mahupun amalan rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Katanya SPRM sentiasa mempertingkatkan siasatannya dan telah menahan beberapa individu bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk namun belum ada kertas siasatan dibuka terhadap mereka yang mendapat gelaran tertinggi kerajaan itu.

“Kadang-kadang (memang) ada aduan (diterima) tetapi kami tidak buka kertas siasatan. Aduan itu tidak semestinya cukup bukti untuk (membolehkan kami) membuka kertas siasatan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Graduan Holistik 2017 di sini.

Dzulkifli berkata kenyataannya dalam ucapan itu bagi menggambarkan SPRM tidak memilih dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk mengheret sesiapa sahaja yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan.

“(Kenyataan dalam ucaptama) itu cuma perumpamaan ataupun kata-kata sambil lalu sahaja…bukan bermaksud kami ada siasatan terhadap mana-mana (individu bergelar) Tun,” katanya.

Seramai kira-kira 120 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari beberapa universiti seluruh negara mengambil bahagian dalam seminar yang dianjurkan bersama Universiti Malaysia Perlis, Kementerian Pendidikan Tinggi dan SPRM. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd