• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serang Masjid: 3 Pemimpin BJP India Didakwa

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Tiga pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa pada Selasa kerana dipercayai terbabit dalam serangan serta kemusnahan Masjid Babri abad ke-16, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA) memetik media tempatan.

Kejadian itu mencetuskan rusuhan agama sehingga mengakibatkan hampir 2,000 penduduk terkorban.

Sebuah Mahkamah khas di Lucknow mendakwa 12 anggota BJP termasuk bekas Ketua BJP Lal Krishna Advani, pemimpin veteran Murli Manohar Joshi dan menteri persekutuan Uma Bharti, lapor Times of India.

Masjid pada era Mughal di Ayodhya, Uttar Pradesh itu dirobohkan pada Disember 1992 oleh nasionalis Hindu yang mendakwa ia dibina di atas tapak tempat kelahiran dewa Hindu dihormati dan sebuah kuil Hindu lama.

Kesemua defendan yang diberi jaminan itu, bagaimanapun menafikan membuat ucapan berbaur hasutan yang mendorong sekumpulan penduduk menyerang masjid berkenaan.

Permohonan untuk mengugurkan kes berkenaan ditolak mahkamah.

Kes pernah digugurkan pada 2001 menyebabkan mereka menghadapi tuduhan ringan tetapi rayuan Biro Pusat Penyiasatan di, mahkamah tertinggi di India berjaya membuka semula kes.

Sedozen pemimpin BJP dinamakan dalam dokumen 1992 dituduh menghasut hingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas masjid yang dinamakan sempena seorang maharaja Mughal.

Sejak kejadian itu, umat Islam meminta sebuah masjid baharu dibina di bekas tapak masjid berkenaan manakala penganut Hindu menuntut kuil dibina di tempat yang didakwa sebagai tempat kelahiran tuhan mereka, Ram. – BERNAMA

Tags: serang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?

PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon mempersoalkan hipokrasi Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd