• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Ketika Cas Telefon Guna Power Bank

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja lelaki tidak sempat menyambut bulan Ramadan bersama keluarganya apabila ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik telefon bimbit di Melaka.

Mangsa dikatakan sedang mengecas perantinya dengan menggunakan power bank di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, semalam.

Mayat mangsa Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui oleh ibunya, Suriah Rahim, 48, di atas katil bilik tidurnya kira-kira pukul 8.10 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim turut mengesahkan insiden tersebut.

Menurut Kamaruddin, insiden itu disedari selepas ibunya pelik anaknya tidak membuka pintu bilik setelah diketuk berulang kali sebelum bertindak menggunakan kunci pendua.

“Selepas berjaya dibuka, mangsa ditemui dalam keadaan baring sambil mengenakan fon telinga yang disambungkan pada telefon bimbit serta dicas pada sebuah bank kuasa,” katanya seperti yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Mayat mangsa turut mempunyai kesan kulit melecet pada bahagian bahu kirinya.

Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke sebuah hospital untuk bedah siasat.

Tags: Telefon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Pun Malu Telefon Nak Minta Lagi. Orang Tengah Perang’ – PMX

‘Saya Pun Malu Telefon Nak Minta Lagi. Orang Tengah Perang’ – PMX

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau berasa serba salah untuk menghubungi Presiden Iran bagi meminta...

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung dengan sahabatnya yang juga pelakon popular India,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd