• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Daif Di S’wak Dibangun Melalui Pembiayaan DBoS

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Sekolah daif di Sarawak akan dibangunkan melalui model pembiayaan baharu yang diwujudkan melalui Bank Pembangunan Sarawak (DBoS).

Melalui model itu, kerajaan persekutuan akan meminjam dan membayar balik dana bagi tujuan pembangunan itu yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sarawak.

“Bank ini akan menagih kerajaan pusat untuk membayar balik dana dikeluarkan kerajaan negeri. Ini adalah persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-127 Sekolah Kebangsaan Abang Ali di dewan serba guna di sini malam tadi.

Abang Johari turut berkata pembangunan sekolah daif di negeri itu adalah agenda utama pengwujudan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi baru-baru ini.

Diketuai Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, kementerian itu juga memerhatikan perkembangan sistem pendidikan di Sarawak.

Sementara itu, Abang Johari turut mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa bagi mewujudkan Sekolah Menengah Abang Ali di tengah-tengah perkampungan Melayu di bandar Sibu ini yang akan dipengerusikan Dr Annuar.

“Dengan adanya jawatankuasa ini, selagi saya menjadi Ketua Menteri, saya akan mencari tanah strategik dalam kawasan ini untuk mewujudkan sekolah baharu tersebut dan kami akan meminta kerajaan pusat untuk sama-sama membantu,” jelasnya.

SK Abang Ali yang ditubuhkan pada 1890 merupakan satu-satunya sekolah Melayu di bandar Sibu.

Isteri Abang Johari, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim merupakan bekas murid sekolah itu pada 1958 dan 1962.

Ketua Menteri itu kemudiannya mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi membina bangunan yang menempatkan bilik guru dan dewan untuk pelajar yang bernilai RM3.5 juta.

Baki kos pembinaan itu disumbangkan oleh ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusuf yang juga bekas murid sekolah tersebut. – BERNAMA

Tags: sarawakSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd