• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Semula Kes Rasuah Bola Sepak, 11 Julai

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen Seremban hari ini menetapkan 11 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes dua bekas pemain bola sepak yang didakwa menawarkan suapan kepada pemain kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA), bulan lalu.

Hakim Fathiyah Idris membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Karmila Mokhtar.

Terdahulu, Karmila memohon mahkamah menangguhkan kes, berikutan serahan dokumen yang belum lengkap.

Pada 28 April lalu, tertuduh Khairul Anuar Baharum, 43, atau lebih dikenali sebagai Ah Chong dan G. Prem Kumar, 49, didakwa menawarkan suapan masing-masing RM10,000 kepada Mohd Khairul Izzuwan Shaari dan S. Harivarman iaitu penjaga gawang dan pemain MISC-MIFA.

Suapan itu bertujuan mengatur perlawanan antara MISC-MIFA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang berlangsung pada 7 April lalu, supaya tewas 2-0.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Ah Chong diwakili peguam Ridha Abdah Subri manakala Prem Kumar diwakili N. Yohendra.

Sementara itu, Fathiyah turut membenarkan permohonan Yohendra supaya Prem Kumar melapor diri di Pejabat SPRM Kuala Lumpur, setiap bulan. – BERNAMA

Tags: bolasepakKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd