• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Maklum Kerusi Pujut Kosong Kepada SPR

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dewan Undangan Negeri Sarawak telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memaklumkan tentang pelucutan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata surat itu ditandatangani dan dihantar kepada SPR hari ini untuk memaklumkan bahawa kerusi DUN Pujut kini kosong mengikut Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri.

“Saya serahkan perkara ini kepada SPR untuk tindakan selanjutnya. Kini semuanya terserah kepada mereka memandangkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari,” katanya pada sidang akhbar di luar sesi persidangan DUN di sini.

Jumaat lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai wakil rakyat daripada DAP bagi kerusi Pujut, kerana didakwa turut mempunyai kewarganegaraan Australia.

Mohamad Asfia membuat keputusan itu, dipercayai kes pertama di Malaysia, selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh membentangkan usul untuk melucutkan kelayakan Dr Ting.

Ketika memperjelaskan perkara itu, Mohamad Asfia berkata keputusan dibuat dalam lingkungan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan serta Negeri.

Beliau berkata Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa seseorang hilang kelayakan untuk menjadi anggota DUN jika dia seorang bankrap belum lepas, atau telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, menggunakan hak kewarganegaraan negara lain atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara lain.

Beliau seterusnya memetik Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

Selain itu, Perkara 19 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan ” jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli telah hilang kelayakan untuk menjadi ADUN, maka Dewan itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad.”

Mohamad Asfia berkata prinsip keadilan asasi telah dijunjung, memandangkan Dr Ting dan ketua pembangkang, Chong Chieng Jen diberi peluang secukupnya untuk membentangkan hak berdasarkan prinsip ‘audi alteram partem’, iaitu hak untuk didengari.

Sementara itu menjawab soalan media, Mohamad Asfia berkata terpulang kepada Dr Ting sekiranya beliau mahu membawa perkara itu ke mahkamah.

“Jika mereka memfailkan writ, respons kami adalah, kami akan membuat permohonan untuk membatalkan writ itu. Kedudukan kami jelas, kami bertindak dalam lingkungan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan dan Negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adun PujutSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd