• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Santai & Swafoto Sesi Dialog TN50 Najib Penggiat Seni

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kemesraan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama golongan artis terserlah pada majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri dan Penggiat Seni malam ini.

Dialog selama hampir dua jam yang dihadiri kira-kira 300 artis muda dan veteren itu berlangsung secara santai, dimulakan dengan detik swafoto bersama dengan moderator majlis, Datuk Rosyam Nor dan perdana menteri.

“Tentu rakan-rakan artis iri hati melihat saya berswafoto dengan perdana menteri,” kata pelakon dan penerbit filem itu, sambil berjenaka meminta Najib untuk mengikuti Instagram beliau, iamrosyam.

Perdana menteri kemudian berkata: “Saya harus membalas swafoto ini,” sambil mengeluarkan telefon pintar miliknya.

Kedua-dua mereka kelihatan begitu mesra sambil memeluk bahu ketika berswafoto.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan beberapa penyanyi tempatan iaitu Haziq Akademi Fantasia (AF), Syamil (AF) dan Wany Hasrita yang kemudian disusuli dengan sesi berdialog bersama Najib.

Sementara itu pelawak terkenal, Zizan Razak yang ditemui selepas majlis itu berkata acara yang dianjurkan perdana menteri malam ini menunjukkan bahawa perdana menteri tidak memandang remeh sumbangan artis terhadap pembangunan negara.

“Penyampaian perdana menteri mengenai TN50 pada malam ini, secara tidak langsung telah memberi tanggungjawab kepada artis untuk lebih kuat bekerja dan saya mengharapkan apa yang dicadangkan oleh para artis akan dipertimbangkan beliau terutama mengenai kebajikan artis,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPenggiat SeniTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd