Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan Gugur Exco...

PETALING JAYA - Ketua Menteri, Adly Zahari berkata tiada keperluan bagi menggugurkan Exco...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah buat hari kedua berturut-turut hari ini...

Masyarakat India Terus Maju...

KUALA LUMPUR — Masyarakat India di negara ini akan terus maju dan menikmati...

Agong, Permaisuri ‘Tawan’ Puncak...

MAGELANG - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Sampel Makanan Diambil Di Bazar Ramadan Di Kedah

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri akan mengambil sampel makanan yang dijual di semua gerai bazar Ramadan di seluruh negeri bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, kata Exco Kesihatan, Datuk Leong Yong Kong.

Beliau berkata anggota penguat kuasa jabatan itu akan sentiasa membuat pemantauan keselamatan makanan secara berkala termasuk pengambilan sampel makanan yang berisiko dicemari bakteria yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

“Setiap bulan Ramadan pasti ada kes keracunan makanan yang berlaku…sebab itu kita akan melakukan pemeriksaan kebersihanan terhadap makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan sebagai langkah mengurangkan kejadian kes penyakit bawaan makanan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Leong berkata walaupun kes keracunan di negeri ini tidak serius, langkah awal perlu diambil termasuk sentiasa memberi peringatan kepada peniaga.


“Peniaga telah mengikuti kursus kebersihan dan kualiti makanan jadi mereka perlu memastikan makanan dan minuman yang dijual bersih dan selamat.

“Sekiranya keputusan dari makmal mengesahkan sampel makanan yang diuji itu telah dicemari bakteria, maka tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga termasuk melarang meneruskan jualan di bazar Ramadan,”katanya. – BERNAMA

Kategori