• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runtuhan Rumah Bukan Disebabkan Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Cameron Highlands menafikan kesan runtuhan sebahagian rumah di Kampung Baru Ringlet di sini, bukan disebabkan banjir kilat seperti yang tular di media sosial, semalam.

Jurutera Daerah JPS Cameron Highlands Tengku Suhaili Tengku Abas berkata runtuhan sebahagian rumah berhampiran Sungai Ringlet itu disebabkan penduduk kawasan itu yang merobohkan sendiri kediaman mereka untuk pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

“Notis pengosongan membabitkan 31 kediaman telah dikeluarkan kepada penduduk pada 5 April lalu yang telah menerima pampasan bagi memberi laluan kerja-kerja melaksanakan projek tebatan banjir yang akan bermula Julai ini.

Penduduk tidak mahu kontraktor yang robohkan rumah mereka sebab ada sesetengah rumah sahaja yang bahagian tertentu dirobohkan bagi projek RTB,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di sekitar kampung berkenaan yang mengalami banjir kilat semalam.

Dalam kejadian semalam, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata 11 rumah termasuk tiga berek polis di Balai Polis Ringlet dan sebuah stor menyimpan pakaian terjejas di kampung berkenaan terjejas ekoran air Sungai Ringlet melimpah akibat hujan lebat.

Katanya, hujan lebat yang berlarutan dalam tempoh dua jam sejak 5 petang itu, menyebabkan banjir kilat selama setengah jam di kawasan berkenaan membabitkan 32 mangsa termasuk lapan orang daripada tiga keluarga anggota polis manakala lima kenderaan termasuk sebuah motosikal turut rosak akibat banjir kilat.

Menurut Tengku Suhaili, projek tebatan banjir yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 34 bulan itu melibatkan kerja-kerja melebarkan dan mendalamkan Sungai Ringlet sepanjang 1.1 kilometer bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini.

Bagi seorang penduduk kampung itu, S.Ravi, 51, ketika ditemui pemberita berkata semasa kejadian dia terperangkap di dalam rumah bersama ibunya yang berusia 72 tahun susulan air banjir yang naik secara mendadak sehingga paras pinggang dalam tempoh hanya setengah jam.

“Saya akan berpindah terus dari rumah ini walaupun ini rumah saya sendiri. Saya cuma sempat menyelamatkan dokumen peribadi sahaja namun barangan perabot dan elektrik serta dua buah kereta habis rosak kesemuanya,” katanya yang bekerja sebagai pekebun sayur.

Seorang lagi penduduk, Low Tow Hor, 58, berkata dia berjaya menyelamatkan diri ketika air mula masuk ke dalam rumahnya akibat banjir kilat berkenaan.

“Air masuk ke rumah hingga paras paha dengan begitu deras sekali dan saya tidak sempat menyelamatkan barangan perabot dan elektrik sehingga peti ais tumbang,” katanya yang menetap di situ sejak lebih 40 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Ringlet, Sarjan Mejar Zulakhman Mohamed, 54, ketika ditemui pemberita juga berkata berek polis yang didiaminya antara tiga rumah yang turut terjejas akibat banjir kilat berkenaan.

“Saya tidak dapat lena tidur malam tadi kerana takut ia berulang kali kedua dan saya serta isteri membersihkan kawasan sekitar rumah akibat bencana itu sehingga pukul 3 pagi.

Air masuk ke dalam rumah setakat paras buku lali sahaja tetapi air banjir bercampur dengan lumpur menyebabkan ia sukar untuk dibersihkan,” katanya yang mula berkhidmat sebagai ketua balai sejak empat bulan lalu. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd