• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana sikap pemimpin utama parti itu ke atas agenda memperkasakan dasar Islam dalam pentadbiran dan perundangan negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan PPBM kononnya terdapat lima pemimpin PAS yang mengagalkan kerjasama tersebut tidak benar.

“PAS menafikan dakwaan bahawa perundingan antara PAS dan PPBM gagal disebabkan oleh lima individu yang disenaraikan beliau.

“Sebaliknya punca utama sikap dan kenyataan pimpinan utama PPBM berhubung agenda memperkasakan dasar Islam termasuk RUU 355 dan serangan terhadap PAS itu sendiri oleh tokoh mereka.

“PAS menggantung perundingan juga disebabkan beberapa kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff dalam wawancara dengan portal tajaan pembangkang mendakwa Tuan Ibrahim telah bersetuju supaya PAS mengadakan kerjasama dengan PPBM.

Bagaimanapun hasrat itu didakwa digagalkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali; Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengarah Penyelidikan PAS, Dr. Ahmad Zuhdi Marzuki

Tuan Ibrahim sebelum ini pernah mengeluarkan satu kenyataan bersama dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya PAS dan PPBM telah mencapai kata sepakat untuk menjalin kerjasama politik.

Namun, PAS Pusat kemudian memaklumkan tidak akan menjalin kerjasama dengan PPBM yang terlebih dahulu telah menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti sekular DAP.

PPBM diwujudkan oleh Mahathir selepas berpaling tadah daripada UMNO bagi melunaskan dendamnya ke atas parti terbesar kaum Melayu tersebut kerana beberapa kepentingan peribadinya dalam bidang perniagaan tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManPASPPBMTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd