• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Ribut tropika Mora membadai Bangladesh pada Selasa dengan kelajuan angin 117 kilometer sejam mengakibatkan beberapa buah rumah rosak sejurus selepas pihak berkuasa memindahkan ratusan ribu penduduk dari kawasan pantai, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Buletin khas Jabatan Meteorologi Bangladesh berkata, ribut itu kemudian menuju ke bahagian Teluk Utara menyeberangi pantai Cox Bazar-Chittagong pada pukul 6 pagi (waktu tempatan).

Seramai 300,000 di sepuluh daerah paling terdedah kepada ribut telah dipindahkan ke tempat selamat, kata jurucakap bilik kawalan pengurusan Kementerian Bencana Golam Mostafa menurut laporan B D News.

Dianggarkan kira-kira 2.5 juta penduduk di Cox’s Bazar, Chittagong, Noakhali, Lakshmipur, Feni, Chandpur, Barguna, Patuakhali, Bhola, Barisal dan Pirojpur terdedah kepada risiko.

Bencana itu menyebabkan kawasan rendah di daerah pantai dan pulau berkemungkinan dilanda pusuan ribut antara 1.2 hingga 1.5 meter.

Semua bot nelayan dan pukat tunda dinasihatkan tidak menjalankan sebarang aktiviti di perairan sehingga diberitahu.

Bangladesh sering dilanda ribut antara April dan Disember. Pada tahun lepas ribut tropika Roanu melanda pantai selatan negara itu mengakibatkan 20 orang terbunuh dan setengah juta penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Kesal PH ‘Claim’ Semua Pencapaian Negeri, Empat EXCO Daripada BN

Jalaluddin Kesal PH ‘Claim’ Semua Pencapaian Negeri, Empat EXCO Daripada BN

18/07/2026
0

JELEBU – Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya mendakwa segala pencapaian kerajaan Negeri Sembilan sejak beberapa tahun lalu adalah hasil kepimpinan...

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

18/07/2026
0

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan menjadi pentas yang lebih mencabar dalam mengukur denyut nadi serta persepsi rakyat terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd