Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Richards Mohon Maaf Kritik...

LOS ANGELES - Pemain gitar Rolling Stone, Keith Richards, semalam memohon maaf kerana...

Pencen Ahli Parlimen Jangkau...

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan penubuhan...

Singapura, Malaysia Nafi Fatwa...

SINGAPURA - Fatwa yang konon dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan...

Tanah FELDA: Perlu Siasat...

BERA - Siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi perlu dilakukan terhadap semua pihak...

Rasuah: OCPD Diarah Pantau Anggota & Pegawai

JOHOR BAHRU – Semua Ketua Polis Daerah di sini diarahkan untuk sentiasa memantau aktiviti anggota mereka terutamanya yang melibatkan salah laku termasuk rasuah.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata tindakan itu diambil bagi menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memerangi kegiatan rasuah yang menular kalangan anggota polis.

“Memang saya sudah beri kata putus kepada Ketua Polis Daerah supaya memantau dan kita setuju dengan apa yang disarankan Timbalan Perdana Menteri,” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mengulas mengenai tindakan kepada mereka sekiranya didapati terlibat dalam rasuah, beliau berkata anggota yang didapati terlibat akan diambil tindakan dalaman terlebih dahulu dan juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sekiranya perlu.

Semalam, Ahmad Zahid menyelar amalan mengutip ‘duit pau’ atau habuan kononnya untuk perlindungan dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa undang-undang yang disifatkan satu amalan yang sepatutnya sudah lama berlalu.


Beliau juga berkata tindakan pegawai atasan membuli anggota bawahan juga perlu dihentikan kerana amalan tersebut menjurus kepada berlakunya rasuah dalam kalangan penguat kuasa.

Minggu lalu, dua Ketua Polis Daerah bersama lima pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan SPRM dipercayai mendalangi kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha judi haram dan rumah urut di negeri itu. – BERNAMA

Kategori