• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Di Melaka: Pegawai Polis DSP Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

Lelaki berusia 49 tahun itu, yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) merupakan individu yang ke-12 ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 29 Mei itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes berkenaan mengikut Sekyen 16 (a)(B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009.

Lelaki itu yang ditahan di pejabatnya di Melaka kira-kira 12.30 tengah hari semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 9.10 pagi hari ini.

Semalam, SPRM mendapat kebenaran untuk melanjutkan tempoh reman sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah di Melaka selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selain mereka, seorang koperal polis dan seorang orang awam turut direman berhubung kes sama.

Dalam kes berasingan, seorang bekas pembantu kerani di bahagian pemasaran dan jualan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman lima hari bermula hari ini sehingga 27 Mei dipercayai terbabit dengan perbuatan meminta dan menerima rasuah.

Nik Isfahanie mengeluarkan perintah reman tersebut selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membantu siasatan mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Lelaki tersebut yang berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 9.45 pagi dan kelihatan menutup muka ketika melihat pengamal media yang sedang menunggu.

Lelaki berusia 40 tahun itu disyaki meminta dan menerima wang rasuah dianggarkan berjumlah RM86,000 daripada beberapa firma guaman sebagai upah bagi memastikan mereka dilantik pihak bank untuk menguruskan penyediaan dokumen perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah di bawah GLC tersebut.

Lelaki tersebut dipercayai terlibat perbuatan itu sejak beberapa tahun lalu sebelum meletak jawatan minggu lalu. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd