• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Malaysia Tak Pernah Harmoni Sejak Merdeka?

oleh
20/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa pentabdiran Malaysia perlu diubah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini tidak pernah hidup dalam suasana yang harmoni selama ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kononnya rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama tidak pernah bersatu, progresif dan hidup dalam suasana yang makmur sejak negara merdeka pada tahun 1957.

“Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama berhak merenungi mengapa Malaysia dalam tempoh enam dekad telah gagal untuk hidup seperti yang dijanjikan apabila kita mencapai Merdeka pada 31 Ogos 1957,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan pendedahan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berhubung agenda Kristianisasi pemimpin DAP ke atas negara ini.

Kit Siang turut tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin yang lebih popular dengan panggilan Mat Over melempang penerbit filem, David Teo yang didakwa berlaku biadap dalam program Transformasi Nasional 2050 baru-baru ini.

Kamarul Zaman baru-baru ini membuat laporan polis keatas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berhubung agenda Kristianisasi DAP seperti yang didakwa terkandung dalam buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’.

Dakwa Kamarul Zaman, Hannah dalam penulisannya mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian dan menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

Penganalisis politik itu turut mendakwa Hannah menyeru Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian umumnya mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPLim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd