• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Selangor Sampai Sumbangan Hari Raya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 54 penerima daripada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS), Tanjung Kling di sini hari ini.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan setiap penerima memperoleh RM300 .

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin merangkap Pengerusi RAYSS dan Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Datuk Mohd Adzib Isa.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ialah penaung YIDE yang ditubuhkan pada 2011.

Pengurus RAYSS, Maznah Abdol berkata sumbangan itu amat bermakna bagi penghuni rumah anak yatim berkenaan sebagai persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba.

“Saya amat berbesar hati kerana baginda sudi mencemar duli bagi menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah anak yatim di sini.

“Usaha baginda menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim membuktikan baginda prihatin terhadap nasib golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita pada majlis itu.

Dalam pada itu, Mohd Adzib berkata ini merupakan sumbangan kali keempat diperuntukkan YIDE kepada RAYSS yang sebelum ini adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.

Sementara itu, seorang penerima, Hafidz Irfan Muhidin, 14, berkata dia teruja menerima duit raya daripada baginda dan berhasrat untuk menyimpan wang tersebut bagi kegunaannya pada masa hadapan.

“Saya berasa gembira bukan sahaja kerana diberi peluang menerima sumbangan dari baginda, malah dapat bertemu dan bersalam dengan baginda,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Amirul Firhan Asren, 13, pula berkata ini merupakan tahun kedua dia bertemu baginda dan amat teruja menerima sumbangan berkenaan.

“Saya amat berterima kasih kepada baginda kerana memberi saya dan rakan-rakan sumbangan duit raya dan saya juga berhasrat untuk menyimpan duit ini untuk menyambung pelajaran pada masa hadapan,” katanya yang bercita-cita menjadi pelukis komik. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Selangorsumbangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sumbangan Diterima Serendah 50 Sen Hingga RM100, Betapa Kuatnya Sokongan Masyarakat Terhadap Najib – Cheng Guan

Sumbangan Diterima Serendah 50 Sen Hingga RM100, Betapa Kuatnya Sokongan Masyarakat Terhadap Najib – Cheng Guan

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau dimaklumkan UMNO berjaya mengumpul lebih...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd