• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Perumahan Taman Rimba Kiara Diteruskan

oleh Ahmad Albab
08/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Projek pembangunan unit kediaman di atas tapak Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur tetap akan diteruskan walaupun mendapat bantahan penduduk, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Kita harap penduduk tidak mudah dimanipulasi sehingga ke tahap mengambil tindakan undang-undang kepada DBKL (Dewan Bandaray Kuala Lumpur), sedangkan sudah sekian lama kita jelaskan pembangunannya tidak langsung mengusik kawasan rekreasi Rimba Kiara,” katanya.

Tengku Adnan berkata pembangunan itu melibatkan projek pangsapuri mampu milik 29 tingkat serta lapan blok pangsapuri perkhidmatan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pembangunan telah mengambil kira kepentingan kawasan rekreasi itu kepada masyarakat dan ia perlu dilaksanakan segera bagi melunaskan janji kerajaan untuk menyediakan rumah kepada bekas pekerja estet di kawasan itu, yang kini hanya menghuni rumah panjang,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas kenyataan Persatuan Penduduk TTDI semalam yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang jika projek tersebut diteruskan.

Tengku Adnan hadir pada majlis pnyerahan bantuan kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 180 unit daripada blok pangsapuri mampu milik tersebut akan diberikan percuma kepada bekas pekerja estet kaum India yang merupakan penduduk asal sebelum kawasan TTDI dibangunkan, sebagaimana yang dijanjikan kepada mereka sejak 30 tahun lalu.

Katanya beliau sebagai menteri bertangggungjawab, beliau komited melaksanakan projek yang tertangguh sekian lama itu, apatah lagi tanah kawasan tersebut memang disediakan untuk pembangunan projek berkenaan.

“Kita bangunkan secara subsidi silang iaitu kerajaan tidak keluarkan dana sebaliknya membenarkan pemaju membangunkan rumah untuk dijual kepada masyarakat,” katanya.

Projek melibatkan pembinaan 1,766 unit pangsapuri perkhidmatan dan 350 unit pangsapuri mampu milik itu dibantah kerana dibimbangi akan mengorbankan antara kawasan hijau terakhir yang masih ada di ibu negara.

Pembangunan itu juga dibantah kerana didakwa boleh menambah kepadatan penduduk daripada 74 orang bagi setiap 0.4 hektar kepada 979 orang untuk keluasan sama.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya menerima bantuan bagi pihak masjid dan surau di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan berjumlah RM7.62 juta sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bantuan meliputi sumbangan RM15,000 kepada masjid, RM13,500 bagi surau Jumaat dan RM11,000 untuk surau-surau itu bertujuan membolehkan pengurusan masjid dan surau menjalankan aktiviti meningkatkan syiar Islam, khususnya menjelang Ramadan, katanya.

Untuk rekod, terdapat sebanyak 85 masjid, 110 surau Jumaat dan 452 surau berdaftar di seluruh Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansorpenduduk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi Diminta Mohon Maaf Atau Dikenakan Tindakan

Next Post

Pelaburan Melaka Lebih RM20 Bilion Dalam 4 Tahun

Related Posts

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

01/11/2023
0

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa. IKUTI...

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

20/02/2023
0

GUA MUSANG : Lebih 200 pemilik kebun sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini, diminta menjaga sistem perpaipan yang menyalurkan air...

Next Post

Pelaburan Melaka Lebih RM20 Bilion Dalam 4 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd