• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program UMNO Bantu Rakyat Bukan Untuk Raih Undi

oleh Ahmad Albab
21/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Program ‘UMNO Bantu Rakyat’ yang sedang berlangsung di seluruh negara sekarang bukan bertujuan meraih undi pada pilihan raya umum akan datang, sebaliknya ia adalah usaha berterusan parti itu untuk membela nasib rakyat.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata parti itu menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat tanpa mengira waktu sejak 30 tahun lepas dan tidak hanya tertumpu ketika menjelang pilihan raya sahaja.

“Ada pihak kata UMNO turun padang ketika ini kerana nak pilihan raya, sebenarnya itu tidak betul dan kami secara konsisten memang sentiasa membantu rakyat.

“Lagipun program ini bukan perkara baharu dan kita buktikan UMNO bersungguh-sungguh turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat tanpa mengira waktu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program UMNO Bantu Rakyat di Pulau Pinang di sini, hari ini.

Majlis perasmian dan pelepasan konvoi 30 pacuan empat roda yang meneruskan perjalanan ke Kedah, iaitu negeri ke lima selepas Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan, dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

​​​​​​​Penjelajahan itu melibatkan 21 lokasi terpilih, termasuk di Sabah, berlangsung sehingga 1 Jun ini.

Sementara itu, Shamsul yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata seramai 500 penerima membabitkan peruntukan RM527,000 di Pulau Pinang menerima pelbagai bantuan dan inisiatif disalurkan Biro Kebajikan UMNO.

Katanya bantuan itu termasuk sumbangan bagi membuka akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) serta Tabung Haji, bantuan barangan keperluan harian kepada ibu tunggal dan anak yatim serta sumbangan khas Aidilfitri.

“Kami turut memberi sumbangan kepada pesakit kronik iaitu bantuan wang tunai setiap bulan bagi meringankan beban mereka membiayai perubatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd