• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas 2 Geng Curi Motosikal, Temui 53 Rangka

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan dua geng pencuri motosikal yang aktif di negeri ini selepas menahan tujuh lelaki dan menemui semula 53 rangka motosikal yang dibuang di tiga sungai di Tasek Gelugor, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan lima lelaki Geng Pak Tam berusia 19 hingga 21 tahun secara berasingan di Butterworth, Perai dan Nibong Tebal dekat sini pada 26 Mei lepas.

“Hasil penahanan mereka, polis merampas pelbagai komponen motosikal dan peralatan untuk mencuri kenderaan itu antaranya sepana serta kunci Allen.

“Berdasarkan siasatan mereka membuang rangka motosikal yang telah dileraikan ke dalam Sungai Kereh dan Sungai Jarak di Tasek Gelugor. Polis berjaya menemui semula 47 buah rangka kenderaan itu dalam dua sungai berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati geng itu terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal sejak setahun lepas dan mereka menyasarkan kenderaan yang diletakkan di bawah kawasan rumah flat sekitar daerah Timur Laut.

Anuar berkata setiap anggota geng itu mempunyai peranan masing-masing iaitu mencuri motosikal, meleraikan, menjual kenderaan berkenaan atau komponennya dan membuang rangka yang telah dileraikan ke dalam sungai.

Katanya kumpulan kedua dikenali sebagai Geng Syahir berjaya ditumpaskan selepas polis menahan dua pekerja kilang berusia 21 dan 23 tahun di Butterworth, dekat sini pada 25 Mei lepas dan siasatan mendapati mereka terlibat dalam kes curi motosikal sejak awal tahun ini.

Polis turut merampas peralatan mencuri motosikal dan pelbagai komponen kenderaan itu serta menemui enam rangka motosikal di Sungai Datuk Keramat di Tasek Gelugor susulan penahanan mereka, katanya.

“Kedua-dua geng itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain tetapi mereka aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Timur Laut dan beberapa daerah lain di negeri ini. Mereka juga mempunyai kepakaran untuk mencuri sebuah motosikal tidak sampai 10 saat hanya menggunakan kunci Allen (yang telah diubah suai),” katanya.

Beliau berkata polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes curi motosikal di daerah Timur Laut susulan penahanan dua kumpulan berkenaan dan tujuh lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Geng Curi Motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Geng Katik’ Aktif Curi Motosikal Di Alor Setar Tumpas

08/11/2018
0

ALOR SETAR - Polis berjaya menumpaskan 'Geng Katik’ yang disyaki aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar bandar raya ini,...

Geng Korok & Dody Ditumpaskan

16/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19 individu termasuk seorang wanita yang dipercayai anggota kumpulan curi kenderaan Geng Korok dan Dody ditahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd