• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selesai Kes Curi Kereta Dalam Tempoh 24 Jam

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Polis daerah ini menyelesaikan satu kes kecurian kereta dengan tertangkapnya tiga lelaki di Cyberjaya, Selangor pada 29 April lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt. Adzli Abu Shah berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan pada pukul 8 malam dan 10.30 malam hari berkenaan dan menjumpai semula sebuah kereta Mercedes-Benz E250 berharga RM250,000 yang dilaporkan dicuri di Dataran Segar, Lukut dekat sini pada 28 April lepas.

“Kejadian pecah rumah dan melarikan kereta Mercedes-Benz E250 itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 10.55 pagi. Semasa kejadian, mangsa seorang diri duduk di tingkat atas dan tidak menyedari rumahnya dimasuki penjenayah. Penjenayah turut melarikan barangan berharga.

Katanya ekoran kejadian itu, polis menahan dua lelaki berumur 26 dan 35 tahun di Cyberjaya, Selangor pada pukul 8 malam, 29 April.

Katanya siasatan mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau yang kebanyakannya membabitkan kes pecah rumah dan samun manakala seorang lagi mempunyai lima rekod jenayah lampau iaitu dua kes curi dan tiga kes dadah.

“Daripada tangkapan dua lelaki pertama itu, kita merampas sebuah kereta jenis Mazda merah berharga RM90,000 yang dilaporkan hilang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Selain itu, kita turut merampas barangan berharga, antaranya ialah enam jam tangan, lima telefon bimbit, laptop, ipad, kad kredit dan satu alat card reader yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya.

Adzli berkata kira-kira 10.30 malam, polis menahan seorang lagi lelaki yang mempunyai lima rekod jenayah lampau iaitu samun, dadah, pemilikan senjata api dan bergaduh.

Katanya daripada serbuan kedua ini, pihak polis menjumpai semula kereta Mercedes-Benz E250 berkenaan.

“Ketiga-tiga lelaki itu kini direman sembilan hari dan diserahkan kepada polis Cheras untuk siasatan kes kereta Mazda merah berkenaan dan kes-kes lain disekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya. – BERNAMA

Tags: curi keretapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd