• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selangor Tahan 12 Lagi Pelajar Disyaki ‘Geng 24’

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 12 lagi pelajar, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 24’ di sekitar Klang, dalam beberapa tangkapan dari Sabtu lepas hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata mereka yang ditahan itu termasuk dalang berusia 17 tahun, yang menganjurkan majlis meraikan kumpulan kongsi gelap berkenaan di perkarangan sebuah sekolah di Klang, baru-baru ini.

“Dalam tangkapan terbaharu ini, polis menahan pelajar sekolah berusia 16 hingga 17 tahun dengan seorang daripada mereka merupakan dalang yang merancang perayaan geng kongsi gelap itu.

“Kita turut merampas beberapa barangan yang mempunyai elemen kongsi gelap termasuk beberapa helai kemeja T yang berlambang swastika serta beberapa keping poster,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang baharu iaitu ACP Wan Rukman Wan Hassan dengan disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff.

Wan Rukman menggantikan SAC Mohd Sakri Arifin yang memangku jawatan berkenaan sebelum ini.

Fadzil berkata dengan tangkapan terbaharu itu, seramai 53 orang telah ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kumpulan kongsi gelap berkenaan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, hanya tiga yang masih direman manakala selebihnya telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Pada 20 April lepas, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota ‘Geng 24’
menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang, menjadi tular dalam media sosial.

Susulan itu, polis membuat beberapa siri tangkapan bermula 21 April lepas bagi menjejaki anggota geng kongsi gelap berkenaan. – BERNAMA

Tags: GangsterGeng 24Kongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd