• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Penjenayah Letak Kamera Intip Mangsa

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran rumah mereka berikutan modus operandi terbaharu penjenayah memasang kamera tersembunyi di rumah bagi mengintip pergerakan mereka setiap masa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata taktik itu terbongkar selepas polis merampas enam kamera selepas melumpuhkan geng samun dan pecah rumah dikenali ‘Geng Samun Picu Itik’ yang bergiat aktif sejak tiga bulan lepas.

“Modus operandi geng ini adalah meletakkan kamera di rumah yang menjadi sasaran tanpa pengetahuan penghuni di tempat strategik seperti pasu bunga bagi mengintip pergerakan mereka untuk melakukan pecah rumah.

“Jadi dengan adanya kamera itu, ia berfungsi sebagai CCTV dan boleh disambung pada telefon bimbit penjenayah untuk memantau pergerakan keluar dan masuk penghuni,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis menahan empat anggota geng berkenaan berumur 24 hingga 41 tahun manakala seorang lagi maut terjatuh bangunan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Setia Alam di sini awal pagi 5 Mei lepas.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menyerbu kediaman berkenaan selepas menerima maklumat mengenai tempat persembunyian sekumpulan penjenayah itu.

Shafien berkata ketika serbuan di tingkat 11 pangsapuri itu, seorang lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam berjaya ditahan manakala dua lagi rakannya melarikan diri dengan memanjat keluar menerusi tingkap rumah terbabit.

Katanya salah seorang suspek kemudiannya terjatuh ke aras bawah bangunan dan disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi bertindak memecahkan tingkap sebelum masuk ke sebuah rumah di tingkat lapan pangsapuri itu.

“Bagaimanapun lelaki itu berjaya diberkas di dalam rumah itu dan beberapa jam kemudian, seorang lagi suspek pula ditahan di perkarangan bangunan berkenaan selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan,” katanya.

Shafien berkata pemeriksaan lanjut di rumah suspek di tingkat 11 menjumpai tiga bom buatan sendiri, 200 keping wang palsu serta beberapa alat memproses dadah.

Katanya dengan tertangkapnya kesemua suspek geng itu, polis dapat menyelesaikan sebanyak lima kes samun dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang dengan anggaran nilai kerugian RM100,000.

Katanya semua penjenayah, yang ditahan reman sehingga Jumaat ini, disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: CCTVGeng Pecah Rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd