• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Mahu Azizulhasni Jadi Contoh Ikutan Generasi Muda

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Johan Keirin Dunia, Azizulhasni Awang menjadi contoh ikutan rakyat Malaysia khususnya golongan muda dalam bidang sukan.

Beliau berharap pencapaian cemerlang Azizulhasni akan mendorong rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan lebih cergas dalam bidang sukan.

“Mudah-mudahan saudara Azizulhasni boleh menjadi ikon sebab dia berkebolehan bertutur dengan baik, mempunyai personaliti yang baik dan orangnya pun baik.

“Saya yakin saudara Azizulhasni akan menjadi role model khususnya kepada golongan muda,” katanya pada majlis penyampaian seunit suite kediaman sumbangan Naza Corporation Holdings kepada Azizulhasni di Seri Perdana di sini, hari ini.

Mengenai sumbangan Naza Corporation Holdings, Najib berkata ia merupakan penghargaan sektor korporat terhadap sumbangan Azizulhasni yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam bidang sukan.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan replika kad akses suite kediaman di Trion 888 kepada Azizulhasni. Hadir sama ialah Pengerusi Kumpulan Naza TTDI, Sm Nasarudin Sm Nasimuddin.

Suite kediaman di Trion 888 dengan harga RM350,000 yang terletak di Equine Park, Seri Kembangan merupakan projek pembangunan Naza TTDI Sdn. Bhd. dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

Sebelum ini, pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romli turut menerima suite kediaman di Trion 888.

Sementara itu, Azizulhasni yang baru tiba dari Melbourne pagi tadi berterima kasih kepada perdana menteri dan Kumpulan Naza kerana tampil memberi penghargaan dengan menghadiahkan imbuhan tersebut.

“Saya rasa amat bersyukur. Sebelum ini, saya telah dimaklumkan ada majlis penghargaan daripada perdana menteri. Saya sudah cukup terharu dan gembira.

“Apabila saya mengetahui perdana menteri akan menyampaikan sebuah suite kediaman bagi pihak Naza, perasaan saya bercampur baur.

“Saya berasa emotional dan pada masa yang sama begitu gembira kerana bagi kita atlet yang berusaha keras selama ini tidak pernah mengharapkan pengiktirafan besar sebegini,” katanya.

Bagi Azizulhasni, beliau berkata untuk mencapai ke peringkat elit dalam bidang sukan bukan perkara mudah malah banyak berkorban termasuk berada di Melbourne 10 tahun, meninggalkan keluarga, ibu dan ayah selain menghabiskan usia muda di sana.

“Apa yang penting ialah kita dapat menginspirasikan generasi muda dalam bidang sukan.

“Sebagai ikon sukan negara, bersama jaguh-jaguh sukan lain seperti Datuk Lee Chong Wai dan Datuk Nicol David, saya mahu terus menginspirasi generasi muda agar bergiat dalam bidang sukan.

“Kita percaya kita boleh jadi juara dunia. Walaupun kita negara kecil, kita sebenarnya boleh menjadi kuasa besar tidak kira dalam apa jua bidang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni AwangDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd