• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PHM Ditubuh Bekas Tokoh PKR Bakal Ganti PKR

oleh
20/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kecewa dengan perjuangan PKR yang lari daripada matlamat sebenar penubuhannya, seorang bekas pemimpin parti itu bakal mewujudkan parti baharu tidak lama lagi.

Dikenali sebagai Parti Harapan Malaysia (PHM) dengan logo memaparkan huruf rumi H yang berwarna merah berlatar belakang warna kuning, ia bakal diharap dapat menggantikan PKR dalam arena politik semasa tanah air.

Bekas Pengerusi Kelab Akar Umbi PKR Malaysia, Johari Musa yang juga mantan Timbalan Ketua Cabang PKR Lembah Pantai berkata, penubuhan PHM adalah berlandaskan perjuangan politik dan amalan demokrasi tulen.

Malah ujar beliau lagi, PHM kini masih menunggu kelulusan secara rasmi daripada pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) di Putrajaya untuk diisytiharkan sah sebagai sebuah organisasi politik baharu.

“Penubuhan PHM adalah jelas untuk memperjuangkan amalan politik serta demokrasi tulen yang diingini oleh kebanyakan ahli PKR dan diwujudkan khusus susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan.

“Ini kerana mereka merasakan parti tersebut ketika ini tidak lagi berada pada landasan yang sepatutnya dalam arena politik negara kita,” kata Johari dalam sidang akhbar mengenai pembentukan PHM, di sini pada Sabtu.

PHM Ditubuh Bekas Tokoh PKR Bakal Ganti PKR

Dengan menggunakan slogan ‘Teguh, Integriti, Komited’, beliau yang juga Timbalan Presiden Penaja PHM bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci barisan kepimpinan parti pembangkang baharu tersebut.

PKR yang dibentuk hasil gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia pada 2003 lalu pernah menjadi sekutu dalam Barisan Alternatif sebelum dibubar untuk digantikan dengan Pakatan Rakyat pada 2008.

Ia kemudian membentuk pula gabungan longgar dikenali sebagai Pakatan Harapan yang diketuai parti cauvinis DAP sejak 2015 dengan turut disertai serpihan PAS iaitu PAN dan terbaharu serpihan UMNO iaitu PPBM.

Johari turut membayangkan PHM setelah diluluskan oleh RoS bakal menyertai blok baharu pembangkang, Gagasan Sejahtera diterajui PAS yang juga disertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Malaysia.

“Kami juga telah bertemu serta berbincang secara tidak rasmi dengan pihak tertentu terutama beberapa pemimpin PAS Pusat dalam memastikan PHM menyertai Gagasan Sejahtera menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.”

Bagaimanapun jelas Johari, surat permohonan untuk penubuhan PHM sudah dikemukakan kepada RoS sejak 10 Disember 2015 namun sehingga kini statusnya itu masih belum diluluskan.  – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd